Sunday, October 18, 2015
Saifuddin Sudah, Tun M Bila Lagi?
PKR nampaknya jadi parti pilihan kepada
orang-orang buangan UMNO untuk meneruskan karier politik mereka yang
makin nak menjunam. Ini terbukti bila Saifudin Abdullah memilih PKR
untuk meneruskan karier politiknya setelah dalam UMNO dia ibarat hidup
segan, matinya tak mahu juga.
Sebelum ini, beberapa bekas orang UMNO
macam Zaid Ibrahim, Mohamad Taib dan lain-lain turut memilih PKR sebagai
wadah perjuangan, ada yang kekal, ada yang tenggelam terus.
Kemasukan Saifudin ini sudah pasti
digembar gembur ke tahap tertinggi oleh PKR untuk menunjukkan kononnya
gawat benarlah dalam UMNO ini sehingga orang ‘sepenting’ macam Saifudin
punkeluar parti.
Hakikatnya, Saifudin memang dah lama tak
relevan dalam UMNO dan dia sendiri pun tahu.
Dari zaman jadi Timbalan
Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi, sehingalah kalah dalam PRU13,
macam-macam Saifudin buat untuk dapat perhatian, tapi semuanya tak
jalan. Diakhirnya dia jadi penyokong PKR, lantaklah dia, kita peduli
apa.
Cuma persoalannya sekarang bila pulak
spesis sama macam Saifudin dalam UMNO seperti Tun Mahathir dan sekutunya
yang lain nak keluar UMNO dan menyertai parti sampah macam PKR?
Kalau belum terfikir, inilah masa yang
sesuai. Mahathir dan sekutunya samalah macam Saifudin, hanya jadi
liabiliti dalam UMNO, ada tak menambah takde pun tak mengurang. Kita
juga tahu Mahathir kekal dalam UMNO bukan sebab peduli parti itu atau
Melayu sangat tapi lebih kepada ubah strategi berbanding menjatuhkan
Paklah dulu.
Tak nampak masalah untuk Mahathir
bekerjasama dengan Anwar, banding dengan Kuli, tak jauh bezanya tapi
Mahathir boleh kerjasama dengan Kuli walaupun dulu 2 orang ini
bertanggungjawab mengahancurkan UMNO lama dan diganti dengan UMNO baru.
Mungkin ada akan kata UMNO rugi kalau
‘beban’ macam Mahathir keluar parti, konon dia satu dalam sejuta. Tapi
jangan lupa, Hitler dan Firaun pada zamannya pun satu dalam sejuta
jugak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment