Thursday, October 15, 2015

Amaran Menteri KPDNKK Kepada Peniaga Yang Berniat Naikkan Harga Barang

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin memberi amaran kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati susulan kenaikan kadar tol. 

Hamzah berkata, kenaikan tol di 12 lebuh raya bermula hari ini bukanlah satu alasan munasabah untuk para peniaga menaikkan harga barangan mereka.

Jelas Hamzah, kenaikan tol hanya melibatkan di kawasan Lembah Klang dan ia tidak dilalui oleh semua lori penghantaran.

“Kenaikan ini bukan semua tol, tapi hanya lebuh raya dalam bandar sahaja. Berapa banyak lori yang pakai lebuh raya ini?

“Jadi kenapa peniaga nak naikkan harga barang. Berapa peratus sahaja lebuh raya yang naik, dia kena buat kiraan,” kata Hamzah.

Walaupun Hamzah telah menjalankan tugasnya sebagai seorang menteri KPDNKK dengan memberi peringatan kepada peniaga agar tidak menaikkan harga barangan, seorang pemimpin DAP, Ng Tien Chee tampil dengan mengatakan Hamzah sebagai seorang yang hanya mementingkan diri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong itu berkata, kerajaan hanya mementingkan diri apabila sanggup menaikkan kadar tol tetapi menyekat peniaga untuk menaikkan harga barangan jualan mereka.

“Saya ingin bertanya kepada Menteri adakah lori-lori  yang menggunakan lebuh raya  ini tidak perlu membayar ataupun tidak berdepan kenaikan harga?

“Sekiranya mereka terkesan, apakah rasional bagi menteri menghalang peniaga menaikkan harga barangaan dengan kadar yang munasabah memandangkan kos pengangkutan terpaksan naik berikutan kenaikan tol yang dibenarkan oleh kerajaan pusat?

“Walapun bukan semua lebuh raya terlibat, apa yang nyata adalah lebuh raya yang menaikkan harga merupakan lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang Kenyataan beliau seperti pepatah Cina yang membawa maksud Rakyat tidak dibenarkan untuk menyalakan lampu ketika kerajaan sedang membakar,” kata Tien Chee.

Barangkali pemimpin DAP ini suka barangan jualan di naikkan dengan sesuka hati oleh peniaga apabila terdapat kenaikan harga minyak atau kadar tol. Jika dibiarkan DAP untuk memerintah negara, nescaya harga baranga di negara ini bakal melambung naik.

Sudah menjadi tanggungjawab menteri KPDNKK untuk mengawal harga jualan dari dinaikkan sesuka hati oleh peniaga tamak yang suka mengambil kesempatan atas sesuatu kenaikan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment