
Thursday, October 15, 2015
Kedah Tak Halang Wanita Islam Nak Pakai Seksi.. – Mukhriz

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menafikan
dakwaan bahawa kerajaan negeri akan mengikut langkah negeri di Pantai
Timur yang memperkenalkan peraturan berpakaian bagi wanita beragama
Islam yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Mukhriz berkata, kerajaan negeri tidak pernah memperkenalkan
peraturan berpakaian bagi wanita Islam itu dan beliau menyifatkan
cadangan yang tersebar itu sebagai satu cubaan untuk mensabotaj kerajaan
negeri.
Dalam masa sama, Mukhriz memaklumkan agar semua pihak tidak risau
tentang perkara itu kerana tiada cadangan kod pakaian wanita Islam di
Kedah dikemukakan di peringkat kerajaan negeri.
Tambahnya, kerajaan negeri tidak menghalang seseorang wanita Islam
itu untuk berpakaian apa jua yang digemari kerana ia merupakan urusan
antara individu tersebut dengan Allah.
“Cadangan itu adalah tidak benar. Kita tidak berhasrat ke tahap
sampai hendak menguatkuasa pakaian wanita Kedah. Di Kedah kita memberi
ruang dan tidak ada sampai ‘strict’ sangat.
“Pada akhirnya ia antara seseorang dengan Tuhannya,” kata Mukhriz.
Adakah dengan penafian ini, Mukhriz mengizinkan wanita Islam di
negeri itu bebas berpakaian menjolok mata?? Apa salahnya jika beliau
melaksanakan peraturan ini yang hanya dikhususkan kepada orang Islam di
negeri tersebut??
Persoalan timbul apabila Mukhriz mengatakan beliau tidak menghalang
wanita Islam itu untuk berpakaian kerana ia antara seseorang itu dengan
Tuhannya.
Mengapa Mukhriz yang sering tampil dengan perwatakan alim boleh
menjawab sebegitu sedangkan dalam Islam mengajar kita supaya menegur
sesama umat untuk memperjuangkan agama??
Adakah Mukhriz mahu melihat anak-anak gadis di negeri itu bebas
berpakaian yang akhirnya bakal mengundang bala kepada diri mereka
sendiri serta masyarakat sekitar??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment