Thursday, October 15, 2015
Ini Sebabnya Kenapa Saifudin Sertai Mesyuarat Pakatan
Tempoh hari yang lalu sewaktu Bekas timbalan menteri pengajian tinggi
Datuk Saifuddin Abdullah diminta untuk memberi penjelasan dan tunjuk
sebab oleh Umno, mengapa beliau menghadirkan diri dalam mesyuarat yang
anjurkan oleh parti pembangkang, Pakatan Harapan… Saifuddin bertindak
mendiamkan diri dan enggan berbuat sedemikian.
Sekarang ni, sudah pecah tembelang dan terkantoi sudah tujuan
sebenar beliau berbuat sedemikian. Rupa-rupanya ada khabar angin
menyatakan bahawa Saifuddin bakal meninggalkan Umno semata-mata untuk
menyertai parti PKR.
Difahamkan Saifuddin bakal bergelar ahli parti PKR hari ini dan
pengumumam mengenai perkara tersebut akan dihebahkan dalam satu sidang
media di ibu pejabat PKR pada jam 12 tengah hari, hari ini.
“Ya, dia menyertai kami,” kata seorang pemimpin kanan PKR yang namanya dirahsiakan.
Walaupun ada yang mendakwa Saifuddin menafikan khabar angin tersebut,
namun Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dilaporkan akan mengumumkan keahlian Saifuddin tengah hari ini.
Sudah terang lagi bersuluh si Saifuddin ni nak sertai PKR so apa lagi
yang hendak dinafikan.
Dengar kata Saifuddin ni akan menjadi orang penting dalam PKR,
kononnya bakal dilantik untuk memangku jawatan sebagai setiausaha
eksekutif kepada Pakatan, yang juga ahli-ahlinya adalah DAP dan Parti
Amanah Negara.
Sama ada menjadi orang penting atau orang yang dipergunakan, kita
tunggu jela nanti! PKR memang awal-awal je janji manis, bila pancing
sudah mengena dan masuk ke dalam perangkap silap-silap jadi pencacai
suruhan je la.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment