Thursday, October 15, 2015

AMANAH Parti Perosak !!! - Kata Zuraida PKR

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan parti Amanah sebagai parti perosak kerana mahu bertanding tiga penjuru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. 

Menurut Zuraida, kemahuan Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang mahu parti itu untuk bertanding 3 penjuru dalam PRU akan datang sebagai tindakan kebudakan-budakan dan bakal merosakkan kemenangan gabungan parti pembangkang.

Justeru itu, Zuraida memberi amaran kepada Mat Sabu agar tidak meletakkan calonnya bagi bertanding 3 penjuru dalam PRU kelak agar tidak merosakkan lagi hubungan antara gabungan parti pembangkang.

Zuraida berkata, Mat Sabu haruslah mengetepikan agenda peribadinya yang kononnya mahu membuktikan partinya lebih mendapat sokongan dengan memberi peluang kepada rakan sekutu bagi merebut kerusi yang ditandingkan.

“Adalah penting untuk menjaga batas dalam berkomunikasi dengan mempunyai sifat terbuka melalui perbincangan aktif dan kerap bagi merealisasikan misi perjuangan satu lawan satu. 

“Jika sayangkan negara ini, haruslah meletakkannya sebagai agenda utama mengatasi agenda peribadi atau parti. Mencabar satu sama lain untuk pertandingan tiga penjuru adalah terlalu kebudak-budakan dalam suasana politik kita yang kini semakin rapuh,” kata Zuraida dalam satu kenyataannya.

Mat Sabu sebelum ini telah menyatakan hasrat bahawa Amanah telah bersedia untuk bertanding 3 penjuru khususnya di kawasan Pas yang merupakan bekas partinya dahulu bagi membuktikan bahawa partinya lebih mendapat sokongan dari parti Islam itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment