Thursday, October 15, 2015
PAS Selangor Tolak 'Adegan Peluk Hadi dan Ibrahim Ali'
Lupakah PAS pada pesanan Nik Aziz agar berhati-hati supaya tidak dipatuk oleh ular yang sama dilubang yang sama dua kali?
Menurut beberapa sumber media Ibrahim Ali pernah bertanding di Pasir Mas atas
tiket PAS namun beliau bertindak keluar dari PAS dan menjadi ahli
Parlimen bebas Pro BN. Sekaligus mengabaikan kepercayaan para pengundi
yang memilih beliau bersandarkan kepada kekuatan parti PAS di Pasir Mas.
Kini kita melihat adengan berpelukan antara Ibrahim Ali dan Hadi Awang
pula. Apa yang terdetik di fikiran anda bila melihat Ibrahim Ali dan
Hadi Awang berpeluk di Pejabat PAS semalam?
Bagi Ibrahim Ali walau apa pun tanggapan umum, pertemuan di pejabat PAS
semalam demi penyatuan ummah dan kesejahteraan ‘alif, ba, ta’.
“Apa pun persepsi dan ulasan, yang penting PERKASA membuktikan dan
melaksanakan amalan suruhan Allah SWT agar jalinan silaturahim terus
diperkasakan.
“Dan nescaya niat yang ikhlas akan mendapat barakah dari Allah SWT,”
kata Datuk Ibrahim Ali lagi, ‘alif, ba, ta’ merujuk kepada agama, bangsa
dan tanah air, berdasar akronim dalam tulisan Jawi.
Umum amat maklum bahawa PAS telah berulangkali menegaskan bahawa
perjuangan mereka tidak selari dengan perjuangan ABATA. Bagi PAS
perjuangan mereka kononnya berlandaskan Islam tanpa mengambil kira
bangsa. Namun tindakan berulangkali tidak mencerminkan kenyataan yang
mereka laungkan.
Persepakatan mereka selama ini dengan pakatan rakyat telah membuktikan
bahawa perjuangan berdasarkan agama sememangnya retorik semata-mata.
Keputusan PRU13 yang lalu menyaksikan kemerosotan sokongan orang Melayu
terhadap PAS apabila mereka bertolak ansur dalam isu yang melibatkan
Islam. Akhirnya persepakatan tersebut hancur atas satu alasan mudah
iaitu hudud.
PAS dan PERKASA semalam mencapai kata sepakat dalam agenda mengutuk
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan menolak tangkapan
terhadap Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.
Ibrahim Ali menjelaskan ketika bergambar, beliau turut memeluk Hadi
dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat
tangan.
Adakah ini merupakan antara agenda kumpulan penyokong Mahathir dalam
mengetengahkan isu yang dicanangkan dalam usaha memburukkan kerajaan?
Untuk makluman, Khairuddin dan Mathias tidak didakwa atas akta SOSMA.
Mereka kini didakwa atasa tuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan
kewangan negara dibawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang jika sabit
kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.
Berbalik kita kepada adengan berpelukan Ibrahim Ali dan Hadi Awang, apa
yang mengejutkan pula PAS Selangor menentang sebarang bentuk kerjasama
PAS dengan Perkasa. PAS Selangor langsung tidak menunjukkan rasa
hormatnya kepada Presiden Parti meskipun Hadi Awang telah dirakamkan
berpelukan dengan Ibrahim Ali.
Hakikatnya semua pihak tahu bahawa Ibrahim Ali merupakan individu yang
tidak boleh dipercayai. Walaupun selama ini beliau melaungkan perjuangan
ABATA namun kita tahu bahawa beliau mempunyai agenda peribadi.
Sebenarnya selama ini, Ibrahim Ali telah banyak merosakkan perjuangan
Melayu dengan mengetengahkan perkara-perkara yang mengguris hati rakyat
Malaysia yang berbilang kaum.
Disediakan oleh : Penerangan PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment