Thursday, October 15, 2015

Pertemuan Perkasa-Pas Demi Penyatuan Ummah - Ibrahim Ali

fe2a4b56be5461ead36d00bebb2bbb5d_XL
KUALA LUMPUR : Pertemu­an antara pimpinan tertinggi Pas dan Pertubuhan Pribumi Per­kasa Malaysia (Perkasa) semalam adalah hanya bertujuan merintis jalan ke arah perpaduan ummah bersempena sambutan Maal Hijrah 1437H / 2015M.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, sudah tiba masanya umat Islam di seluruh negara bersatu bagi mengembalikan kekuatan dan kehormatan Islam agar tidak berlaku lagi penghinaan terhadap agama, institusi raja dan mengembalikan martabat agama itu.

“Jadikan prinsip ajaran Islam yang berpegang teguh di tali Allah SWT, jangan bercerai-berai sebagai budaya hidup walaupun ada perbezaan dalam fahaman politik.

“Begitu juga kata-kata bidalan nenek moyang kita iaitu bersatu teguh, bercerai roboh. Adalah haram memutuskan hubungan sila­turahim sesama Islam, kita kembalilah kepada ajaran yang sebenar de­mi dimakbulkan se­gala permintaan dan doa pada Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1437H / 2015M anjuran Wiranita Perkasa di pekarangan Pusat Asuhan Kanak-kanak Taman Medan di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Datuk Masood Zainal Abidin dan Ketua Wiranita, Datin Nurkhaila Jamaludin.

Dalam pertemuan di Ibu Pejabat Pas semalam, parti itu diwakili Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Se­tiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali manakala Ibrahim turut disertai pimpinan tertinggi Perkasa.

Ibrahim memaklumkan bahawa, sikap hipokrit dan munafik yang ada dalam kalangan pemimpin Islam sekarang perlu dihapuskan kerana boleh menjangkiti ummah sehingga menyebabkan agama Islam dilanda banyak masalah.

Katanya, ketibaan tahun baharu Hijrah ini perlu dijadikan batu loncatan ke arah memperkasa agama Islam melalui penyatuan ummah yang sebenar agar tidak lagi diganggu-gugat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment