Wednesday, October 21, 2015

Azmin Pura-Pura Marah Tol Naik...?

Selaku Ahli Lembaga Pengarah SPRINT, YB Sivarasa Rasiah tidak tahu keputusan SPRINT menaikkan kadar tol. Selaku Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Mohamed Ali tidak tahu keputusan PKNS dan Kumpulan Peransang menaikkan kadar tol.

Maknanya selama ini Sivarasa hanya makan gaji buta sebagai Lembaga Pengarah SPRINT. Begitu juga dengan Azmin selaku Pengerusi PKNS dan Kumpulan Peransang.

Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kepentingan melalui anak syarikatnya di dalam dua buah lebuhraya iaitu Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint).

PKNS memiliki Kepentingan minoriti tersebut pada 1993 sebanyak 30 peratus manakala PKS memiliki kepentingan berkenaan pada 1999 sebanyak 20 peratus.

Apa yang dibuat oleh R. Sivarasa yang juga wakil rakyat Subang Jaya ini? Kenapa dia seolah-olah macam tunggul kayu kalaulah benar dia `memang mahu sangat’ memperjuangkan kononnya `hak dan nasib rakyat’ menentang kenaikan tol ini?

Sebagai ahli lembaga pengarah dalam SPRINT, Sivarasa ada kelebihan menentang kenaikan tol ini dan `mengganas’ seperti mana dia berada dalam SUARAM dengan sering menempelak kerajaan dan menyerang Perdana Menteri serta menteri-menterinya dalam apa yang dikatakan isu panas termasuk isu kapal selam Scorpene pada suatu ketika. Tetapi mengapa Sivarasa membisu, diam membatu?

Katanya SPRINT sudah kutip 6 billion lebih. Jadinya kalau ada 20% saham berapa dah Selangor dapat keuntungan dari pelaburan dalam SPRINT? 20% daripada 60 billion bersamaan RM1.2 billion lebih kurang. 30% dalam KESAS tak kira lagi tu. Patutlah megah sangat kata kerajaan Selangor banyak duit dalam akaun. Rupanya mulut berkokok ekor bergelumang taik. Kutuk kerajaan persekutuan bagai nak rak pasal tol naik tapi rupanya mereka melahap duit tol melalui 2 syarikat yang mereka memiliki saham.

Mereka tak bodoh tapi yang bodoh teramat bodoh adalah pengikut dan penyokongnya. Tekak mereka segar menelan duit keuntungan tol tapi tekak penyokong dan pengikutnya serak melalak bantah kenaikkan tol.

Cukup licik menipu penyokong dan macai-macainya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment