Wednesday, October 21, 2015
Usul Tidak Percaya : DAP Mula Main ‘Kotor’, Mahu MP Tolak Usul Kerajaan
Usul Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian tersenarai
nombor 25 dalam kertas aturan mesyuarat Parlimen yang mula bersidang
hari ini.
Sim dalam kenyataannya berkata, tindakan berkenaan akan menjadi isyarat
mereka tidak ada keyakinan lagi terhadap pentadbiran Najib.
“Jika kerajaan tidak benarkan usul Petaling Jaya Selatan naik, saya
menggesa semua ahli Parlimen kedua-dua belah untuk menolak setiap usul
kerajaan untuk menunjukkan kita tidak percaya kepada pentadbiran Najib,”
katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman
Said berkata urusan kerajaan akan diberi keutamaan berbanding usul
persendirian ahli Parlimen sepanjang 7 minggu sidang berlangsung,
bermula hari ini.
Berdasarkan jadual persidangan, usul no1 dan 2 adalah usul kerajaan, No 3
hingga 6 Rang Undang-Undang Kerajaan (bacaan kali ke 2) manakala no 7
hingga 28 adalah usul persendirian.
STEVEN SIM
Disamping itu, lima Rang Undang-Undang Kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada persidangan kali ini.
Ambil kira tindakan DAP ini, jelas pembangkang lebih mengutamakan agenda
untuk menjatuhkan Perdana Menteri bukan mengutamakan urusan Dewan
Rakyat yang lebih penting kepada Negara.
Peraturan Mesyuarat 15 (1) menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari
persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada
urusan-urusan lain.
Pembangkang patut bersabar menunggu giliran bukan bermain kotor dengan
meminta semua ahli parlimen menolah usul kerajaan supaya usul undi tidak
percaya kepada Perdana Menteri dapat disegerakan.
Namun, dikalangan pembangkang sendiri, difahamkan ada antara mereka berbelah bahagi mengenai usul oleh ahli parlimen PKR itu.
PKR sendiri dikatakan berpecah dua berhubung usul itu dengan ada puak
menolak dan menerima manakala PAS pula berdasarkan kenyataan Presiden
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu ‘tunggu dan lihat’ kewajaran usul itu.
Manakala parti Amanah pula tentu akan mengikut telunjuk DAP untuk sama-sama menyokong usul itu.
Sehingga usul itu ‘naik;, pembangkang khususnya dalam Pakatan Harapan
dijangka terus bermain ‘kotor’ dengan kemungkinan sengaja membuat kecoh
sepanjang persidangan menuntut usul itu disegerakan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment