Wednesday, October 21, 2015
Jangan Mimpilah Mat Sabu.... DAP Sasarkan 50% Undi Melayu Untuk Menguasai Putrajaya Dan Malaysia
Matlamat politik DAP, PKR dan Pas ialah menguburkan Umno-Barisan
Nasional dan seterusnya memerintah Malaysia. Mereka berusaha keras pada
1999, 2004, 2008 dan 2013 tapi gagal. Misi mereka kini ialah mencuba
sekali lagi dalamPRU14.
Sejauh manakah realistiknya harapan parti pembangkang pada 2017-18? Ada
yang percaya dengan prospek ini, ada juga yang tidak yakin.
Tetapi DAP adalah sebuah parti yang melihat kekurangan dan kelemahan
apabila kekalahan berlaku. Seperti kegagalan untuk memenangi PRU13
yang lalu, mereka telah mensasarkan pengundi berbangsa cina pulang untuk
mencapai matlamat mereka.
Kegagalan ini telah menjurus kepada DAP untuk melakukan transformasi
pengundi yang bukan hanya berkisar kepada berbangsa cina sahaja, namun
mereka telah mempromosikan parti mereka sebagai sebuah parti yang bukan
hanya untuk kaum cina semata mata.
Lim Kit Siang turut mencadangkan PKR berusaha menambah 15 kerusi
manakala PAS pula kena bekerja lebih keras mencari 24 kerusi lagi.
Ketika ini DAP memenangi 38 kerusi Parlimen manakala PKR (30) dan PAS
cuma 21 kerusi menjadikan jumlah 89 kerusi Parlimen dibelakang Barisan
Nasional yang menang 133 kerusi
DAP secara terangan telah mengunjurkan statistik bahawa sokongan Melayu
merupakan factor kemenangan DAP dalam PRU14 akan datang. DAP telah
mensasarkan sebanyak 50% pengundi berbangsa Melayu untuk memberikan undi
kepada DAP bagi membolehkan mereka menguasai Putrajaya.
Sehingga kini DAP telah memenangi 46 kerusi dan mengekalkan 89 sedia
ada supaya mereka memperolehi sekurang-kurangnya 115 kerusi untuk
majoriti mudah menawan Putrajaya pada PRU 14.
Sokongan pengundi cina pada PRU13 yang lalu telah mencapai jumlah
maksima tetapi DAP masih gagal untuk memenangi PRU13. Jika kita lihat
pada PRU13 sokongan masyarakat cina semuanya berpihak kepada DAP.
Kekurangan undi bukan cina telah meyebabkan DAP mengalami kegagalan
menguasai PRU13.
Sebagai tanda protes mereka telah menganjurkan bantahan dengan
mengatakan SPR telah tidak berlaku adil kepada mereka, sedangkan
kemenangan yang berpihak kepada mereka adalah disebet keadilan dan
ketelusan SPR. Ini sememangnya cara pembangkang.
Tetapi dalam kemelut mengejar kemenangan PRU untuk menguasai Putrajaya,
DAP dan sekutunya sedang menghadapi krisis dalaman yang meruncing dan
terus berkonflik sesame sendiri. Konflik yang dihadapi sehingga kini
telah meyebabkan PAS telah terkeluar dari dalam pakatan .
Penubuhan PAN adalah sejajar dengan agenda DAP untuk memecahkan kerusi
yang dimiliki oleh PAS dan meyokong DAP. Penambahan kerusi akan berlaku
bila mana DAP akan meletakkan calun DAP atas tiket PANatau mereka akan
membayar calon PAN untuk meletakkan DAP sebagai calun.
Perkara ini tidak mustahil akan berlaku. Kita masih ingat bagaimana
Anwar pernah berkata matlamat ke Putrajaya “With All Cost”- Ini
menunjukkan bahawa mereka pembangkang akan lakukan apa sahaja untuk
mencapai matlamat.
Walaupun DAP, PKR dan Pas nampak bersepakat dalam beberapa perkara
misalnya proses pilihan raya, kempen anti rasuah dan pemansuhan ISA,
perbezaan ideologi dan pendapat dalam hal-hal asas masih terlalu besar
dan tidak dapat disatukan.
Mereka tidak akan berkompromi dalam dasar dasar perjuangan mereka
terutama DAP yang sejak 1965 lagi mengamalkan dasar Lim hanya untuk
Lim. Kronisme yang menjadi amalan yang berpanjangan yang tidak boleh
sesiapa pertikaikan.
Ini cara DAP, Undi Melayu hanya digunakan untuk mengembangkan empayar
dan kuasa untuk memperolehi kemenangan semasa pilihanraya. Selepas itu
DAP akan terus menjalankan dasarnya sebagaimana acapkali dilaungkan.
DAP tidak akan pernah mahu menerima dasar dasar dari parti lain. Dasar
yang tidak berpihak kepada mereka akan ditentang habis habisan walaupun
terpaksa menghina sekutu mereka sendiri. Ini telah terbukti bagaimana
DAP mendesak PAS menggadaikan prinsip dengan mengetepikan penubuhan
negara Islam dalam manifesto pilihan raya, namun DAP tetap menekan.
Perkara ini pernah berlaku apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif
pada 2001 lalu kerana membantah pendirian Pas berhubung hukum hudud dan
negara Islam
Bukan setakat menyekat usaha Pas memperkenalkan perundangan Islam, DAP
mahu parti politik berasas agama dibubarkan. Ini lah cermin DAP yang
sebenarnya. Mereka boleh menjadi Melayu, India dan boleh memberi umpan
berupa kewangan jika ianya memberi kelebihan kepada mereka.
UMNO dan Barisan Nasional harus sedar bahawa selepas ini akan banyak
lagi isu dibangkitkan , isu bersifat persepsi akan dimainkan agar
kepercayaan rakyat terhadap kerajaan terus menurun. DAP melalui
cybertrooper berbayar mereka akan terus memainkan isu.
Mereka berjaya mengumpan isu agar ianya dimainkan oleh orang UMNO
sendiri, UMNO harus bersedia untuk menghadapi rintangan yang cukup
mencabar sebelum PRU14 akan datang. UMNO harus melihat sudut yang lemah
pada DAP untuk memberikan impak kepercayaan terhadap parti itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment