Isu ini perlu ditegaskan berikutan tindakan ahli parlimen pembangkang dari DAP, PKR, PAN dan segelintir ahli parlimen BN yang ‘beriman’ dengan Tun Mahathir Mohamad nak mengadakan undi tak percaya ke atas beliau esok.
Ramai yakin bahawa Allah swt bersama dengan Najib melihat kepada banyaknya usaha nak menjatuhkan beliau sebelum ini yang gagal. Lagipun usaha itu mungkin sukar kerana keutamaan diberikan urusan kerajaan selain masih perlu mendapat kelulusan Speaker.
Apa pun cakap pasal bajet 2016 yang nak dibentang Jumaat ini.
Saya yakin usaha akan ditumpukan kepada mengurangkan defisit negara yang sebelum ini berada pada sekitar 3%-4%.
Antara cara yang biasa diamalkan untuk mengurangkan defisit ialah menjimatkan perbelanjaan dan dalam suasana sekarang, menaikan kadar tol (mengikut perjanjian konsesi) untuk mengelakkan kerajaan dari berbelanja berbilion ringgit kepada syarikat konsesi setiap tahun sebagai pampasan, adalah antara langkah penjimatan yang dimaksudkan.
Jadi kenapa perlu bising bila tol dinaikkan untuk mengelak defiist kewangan kerajaan meningkat? Nanti kalau kerajaan terus berbelanja untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi ini dan defisit kekal atau lebih teruk naik, orang yang sama membantah kenaikan tol hari ini akan buat bising juga.
Tak tahu apa sebenarnya yang puak-puak ini nak? Segala yang kerajaan buat semuanya tidak baik di mata mereka.
Bagaimanapun, kepadatan seperti biasa semua konsesi lebuhraya yang dinaikkan kadar tolnya Khamis lepas selain kegagalan beberapa siri demonstrasi di Plaza tol yang kadar tolnya naik (kecuali Plaza Tol dimana kerajaan Selangor ada kepentingan), membuktikan bahawa rakyat hidup dalam realiti dan menerima keputusan kenaikan ini sebagai kesilapan membiarkan Mahathir terlalu lama jadi Perdana Menteri dulu.
Fikirkanlah ya...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment