Thursday, October 08, 2015
Beginilah Caranya Lim Guan Eng Membalaskan Dendam Kepada Islam
Kenyataan media oleh Mudir Am Sek.Ren.Islam Al Mansor Balik Pulau.P.Pinang.
1. Merujuk kepada Isu Bantuan Sekolah Agama di Negeri Pulau Pinang dari
Kerajaan Negeri, Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) Balik Pulau, Pulau
Pinang menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap sikap pilih kasih
serta diskriminasi yang berbaur politik oleh Kerajaan Negeri pimpinan
YAB. Lim Guan Eng.
2. SRIA merupakan sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar
dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan nombor
pendaftaran JAIPP/PEND/01-BD-(R)0021 telah beroperasi sejak tahun 2008
dan kini mempunyai murid seramai 215 orang yang majoritinya datang dari
keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
3. Berdasarkan rekod terdahulu, SRIA telah menerima bantuan tersebut
dari kerajaan negeri dan pada tahun ini, pihak SRIA telah menerima surat
makluman pemberian bantuan tersebut oleh pegawai JAIPP pada 3 September
2015, namun surat makluman pemberian bantuan tersebut telah ditarik
balik pada hari yang sama oleh JAIPP melalui pegawainya yang hadir ke
SRIA untuk mengambil kembali surat berkenaan.
4. Kejadian ini telah menggambarkan bahawa terdapat 'tangan ghaib' yang
cuba menafikan hak rakyat Pulau Pinang khususnya anak-anak dan waris
yang menghantar anak ke sekolah agama rakyat. Pihak SRIA percaya bahawa
isu ini berlaku adalah disebabkan campur tangan politik dalam urusan
pentadbiran Kerajaan Negeri dan ia merupakan satu kezaliman terhadap
institusi pendidikan agama di negeri ini.
5. Pihak SRIA ingin mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa wang yang
dimiliki oleh kerajaan adalah milik rakyat dan ia merupakan amanah dari
rakyat. Sikap ini telah menampakkan kegagalan slogan cekap,
akauntabiliti dan telus yang sering diwar-warkan dan rakyat sentiasa
memerhati serta sedia menghukum kerajaan yang zalim.
Muhammad Fauzi Bin Yusof
Mudir Am
Sekolah Rendah Islam Al-Ansor
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment