Thursday, October 08, 2015
Padan Mukanya.... Engkar Arahan !!! 2 YB DAP Ditahan Polis
Polis hari ini mengesahkan penahanan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke
Siew Fook dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang Ng Chin Tsai
bersama-sama 13 yang lain kerana terbabit dalam kekecohan di Kampung Ulu
Temiang.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisen Muhamad Zaki Harun berkata
mereka ditahan pagi tadi untuk disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun
Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menentukan proses
pengambilan tanah di Kampung Ulu Temiang berjalan lancar serta
mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis.
"Saya mengesahkan pada hari ini, kira-kira 8.30 pagi tadi, polis membuat tangkapan terhadap 15 individu termasuk 2 wakil rakyAT.
"Tangkapan lain ialah 4 penghuni Kampung Ulu Temiang dan 9 lagi adalah
bukan penghuni kawasan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Zaki berkata dalam operasi itu, polis bertindak menentukan
keselamatan dan pematuhan dalam menguatkuasakan perintah mahkamah,
khususnya dari segi keselamatan nyawa dan tiada pelanggaran
undang-undang yang berkuat kuasa.
"Pada keseluruhannya, terdapat ramai wakil rakyat, ketua masyarakat dan
badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul, tetapi mereka tidak
menghalang pelaksanaan tugas polis malah memberi kerjasama kepada polis.
"Siasatan masih berjalan dan rakaman percakapan mereka serta saksi-saksi lain akan diambil," katanya.
Dalam kejadian pagi tadi, Loke yang juga pengerusi DAP Negeri Sembilan
ditahan selepas terbabit dalam kekecohan berhubung tindakan menghalang
pembeli tanah membawa jengkaut untuk merobohkan kediaman penduduk.
Lebih 100 penduduk Kampung Ulu Temiang diarah keluar oleh pemilik baharu
kawasan itu, One Visa Sdn Bhd, yang membelinya dengan harga kira-kira
RM18 juta.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment