Thursday, October 15, 2015
Bekas Wanita UMNO Ini Anggap Menteri Semua Tak Ada Otak
Terkesima dengan berita kenaikan kadar tol bagi Lebuhraya Kuala
Lumpur-Karak akan dinaikkan harga antara 30 sen hingga RM1 pada 15
Oktober, Khamis ini. Bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat,
Anina Saadudin, dengan lantangnya mempertikaikan tindakan kerajaan yang
meluluskan kenaikan tersebut.
Menurut Anina, kerajaan tidak patut luluskan kenaikan berkenaan tetapi
sebaliknya menggunakan hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) yang dikutip setiap bulan untuk menampung kos kenaikan tol
berkenaan.
“Ke mana perginya kutipan GST yang berbillion sebulan? Bukankah kerajaan berjanji untuk memulangkannya kepada rakyat?,” katanya.
Senangnya nak suruh guna hasil kutipan GST, hasil tersebut pastinya
kerajaan akan bantu rakyat dalam satu bentuk yang lebih manfaat dari
tanggung kadar kenaikkan tol. Tak adil bagi rakyat di negeri lain kalau
kerajaan berbuat sedemikian kerana ianya akan menguntungkan mereka
sahaja.
Anina juga turut menggelarkan menteri-menteri sebagai tidak mempunyai
otak dan bodoh kerana tidak berfikir terlebih dahulu dan hanya terlalu
taksub untuk membela perdana menteri… Amboiiii sedapnya mulut dia ni!
“Adakah semua ini terjadi kerana menteri terlalu sibuk mempertahankan
Perdana Menteri sehingga mereka tidak sempat berfikir? Or they actually
have no brain? (atau sebenarnya mereka tidak mempunyai otak?, katanya.
Menurutnya lagi, kononnya rakyat di bandar sudah tersangat-sangat
terbeban hanya disebabkan kenaikan tol 30sen hingga ke RM1 tu. Mana
dengan kenaikan harga barang selepas perlaksaan GST lagi. Alahhhh
kawasan luar bandar pun kena kadar tol jugak tapi rilek je.. Anina ni je
yang poyo lebih.
Untuk pengetahuan, kadar bayaran tol terbabit terpaksa dilaksanakan
kerana kerajaan telah membuat kata sepakat untuk menghentikan bayaran
pampasan kepada 12 syarikat konsesi lebuh raya termasuk Terowong Jalan
Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment