Thursday, October 15, 2015
Kadar Tol Naik : Tahu Beza 'TOL ANTARA BANDAR' dan 'TOL DI BANDAR'?
Kita mengakui, ramai yang tidak puas hati apabila syarikat-syarikat
konsesi lebuhraya mengumumkan kadar kenaikan bayaran tol di
lebuhraya-lebuhraya di dalam bandar semalam. Biasalah, siapalah yang
suka untuk membayar lebih, bukan?
Kalau boleh, semuanya kita mahu diberikan percuma, bukan? Jika boleh,
petrol kita hendak 'free', beras pun kita hendak 'free'. Malah sekiranya
boleh, semua barang-barang dalam supermarket itu kita mahukan secara
percuma...
Namun, ada pula yang cuba menangguk di air yang keruh dengan mengambil
kesempatan menjadi 'batu api', membakar kemarahan rakyat yang naif
dengan memanipulasi minda rakyat dengan berbekalkan fitnah dan tohmahan.
Kita semalam ada menerima satu imej propaganda politik pembangkang
yang dihasilkan oleh 'Suara Rakyat' mendakwa kononnya Kerajaan BN telah
gagal menepati janji manifesto pilihanraya umum (PRU) ke-13 yang lalu.
Propaganda itu mendakwa kononnya BN berjanji akan mengurangkan kadar tol
secara berperingkat dan manifesto itu dikatakan gagal dengan kenaikan
kadar tol yang diumumkan syarikat konsesi lebuhraya semalam.
Padahal, yang dijanjikan oleh Kerajaan BN pada PRU ke-13 yang lalu
adalah mengurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat. Pada
pemahaman penulis, terdapat perbezaan besar antara terma 'TOL ANTARA
BANDAR' dan 'TOL DI BANDAR'.
Meneliti kenaikan kadar tol yang diumumkan naik semalam, kita akan dapati
bahawa kenaikan kadar tol itu hanyalah melibatkan tol-tol di dalam
bandar sahaja, dan langsung tidak melibatkan tol yang menghubungkan
antara bandar.
Tidak tahulah sama ada 'macai' pembangkang itu faham Bahasa Malaysia
atau tidak. Namun itulah perkara yang sebenar mengenai kenaikan kadar
bayaran tol yang diumumkan semalam. Malangnya, ada juga yang terpengaruh
dengan propaganda mereka...
Setahu kita lah kan, menurut perjanjian syarikat konsesi lebuhraya dengan
pihak kerajaan, mereka berhak untuk menaikkan kadar tol pada setiap 5
bulan. Perjanjian sebegitulah yang diamalkan sejak Lebuhraya PLUS dibina
di negara kita berpuluh tahun sebelum ini.
Menurut fakta, kali terakhir kadar tol dinaikkan adalah pada 1 Mac 2009
melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), SPRINT, Lebuhraya Bertingkat
Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), BESRAYA dan NPE manakala tiada kenaikan
oleh syarikat konsesi tol lain sejak 2008. Dan kini, kita sudah berada
di tahun 2015, sudah lebih 6 tahun kita menafikan hak syarikat-syarikat
konsesi berkenaan.
Pada tahun 2013 dan 2015, kerajaan berjaya meminta jasa baik
syarikat-syarikat konsesi untuk tidak menaikkan kadar tol menerusi
rundingan. Mujurlah syarikat-syarikat konsesi itu bersetuju dan tidak
bertindak memfailkan saman terhadap Kerajaan kerana 'menafikan' hak
mereka sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian.
Dan pada Oktober ini, syarikat-syarikat konsesi itu menaikkan kadar tol
sebagaimana yang tertulis dalam perjanjian dan itupun hanya melibatkan
kawasan bandar sahaja. Apakah kita tidak zalim untuk menafikan hak mereka
dan mungkir perjanjian yang telah dipersetujui.
Disebut tentang persetujuan perjanjian antara syarikat konsesi lebuhraya
dan pihak kerajaan itu, kita sewajarnya berpandangan bahawa ia perlu ditanya
pada 'ketua kerajaan' yang mentadbir negara ketika ia ditandatangani
sebelum ini.
Agaknya, di zaman siapakah perjanjian dengan syarikat-syarikat konsesi
lebuhraya itu ditanda tangani? Sila tanya mereka yang bergelar 'Tun'..... sepatutnya mereka MESTI BOLEH JAWAB PUNYA !!!
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment