Thursday, October 15, 2015
Saifuddin Hanya Duri Dalam Daging UMNO.. - Bung Mokhtar
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin memaklumkan
tindakan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin
Abdullah menyertai PKR tidak menjejaskan Umno walaupun sedikit.
Bung berkata, tindakan Saifuddin itu tepat kerana Umno tidak perlu lagi menyimpan 'duri dalam daging'.
Selain itu, Bung turut mengulas lanjut dengan mengatakan langkah
Saifuddin itu adalah tepat kerana Umno juga tidak memerlukan khidmat
orang sepertinya dan pemimpin Saifuddin juga sudah tidak diterima
rakyat.
"Saya tidak nampak Umno pada keseluruhannya terjejas, sebab Saifuddin
pun pemimpin yang kalah dalam PRU," kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu.
Tambah Bung, tindakan Saifuddin menyertai PKR sedikit pun tidak
mengejutkan beliau kerana beliau sudah menjangkakan apabila Saifuddin
yang sejak kebelakangan ini sering menghadiri program parti pembangkang.
Justeru itu, Bung turut mengucapkan terima kasih kepada Saifuddin kerana berani menjadi seorang yang jujur dengan menyertai PKR.
"Saya tidak hairan Saifuddin keluar Umno, kerana sikap Saifuddin dan
menampakkan reaksi yang cukup menyakinkan yang dia tidak serasi dengan
perjuangan Barisan Nasional (BN).
"Pada saya adalah lebih baik Umno dan BN berlawan dengan lawan yang
terang daripada berlawan dengan musuh dalam selimut. Saya ucap terima
kasih kerana Saifuddin 'be a genlement'," katanya..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment