Thursday, October 15, 2015

Tarik Balik Bantuan SAR : Kerajaan DAP Pulau Pinang Gagal Bercakap Jujur?

PULAU PINANG : Kerajaan Dap Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng digesa supaya bercakap benar dalam isu menyekat bantuan sekolah agama rakyat di negeri tersebut.

Setelah beberapa minggu berdolak dalih dan tidak menjawab isu sebenar sama ada kerajaan Dap Pulau Pinang ada menyekat atau tidak, Pas Pulau Pinang terus mengemukakan bukti semalam apabila Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd Yusni Mat Piah mendakwa kerajaan Dap Pulau Pinang telah menghentikan bantuan kewangan tahunan kepada dua sekolah agama iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) di Balik Pulau dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) di Permatang Pauh.

Tindakan tersebut menurut Mohd Yusni telah menyebabkan lebih 500 murid dan 80 kakitangan kedua-dua sekolah terbabit berada dalam keadaan terumbang ambing.
lim_guan_eng_ada_tipu
Mengulas perkara tersebut Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Noordin mempersoalkan kejujuran kerajaan Dap Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng untuk bercakap benar  menjelaskan kepada rakyat di negeri itu berhubung dakwaan tersebut.

Menurut beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu memperjelaskan perkara ini di mana dakwaan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak enak dikalangan rakyat, khususnya umat Islam berhubung perkara tersebut.

“Ya, kita tahu bahawa beberapa buah sekolah agama rakyat itu adalah milik ahli-ahli Pas. Bagaimanapun kita ingin tahu apakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa peruntukan kepada sekolah tersebut telah ditarik balik?

“Jika ianya benar maka kita pun mahu tahu apa sebabnya dan apakah ianya ada kaitan dengan konflik yang berlaku antara Dap dan Pas?

“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya mengatakan bahawa dakwaan ini satu pembohongan yang ingin memfitnah beliau, jadi kita minta lah kerajaan Dap Pulau Pinang menunjukkan kepada kita bukti bahawa sekolah itu juga turut dibantu dan dakwaan itu tidak benar,” tegasnya kepada pihak media di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, sekiranya kerajaan Dap gagal membuktikan kepada rakyat bahawa sekolah tersebut juga turut dibantu dan dakwaan itu tidak benar, maka ada kemungkinan besar dan bukan sesuatu yang mustahil kerajaan Dap sememangnya bertindak menyekat bantuan sekolah tersebut.

“Dalam dunia politik hari ini semua kita sudah maklum sememangnya wujud konflik yang maha dasyat antara Pas dan Dap sehingga menyebabkan pakatan rakyat hancur dan Pas itu sendiri berpecah dua.

“Jadi sekiranya kerajaan Dap gagal memperlihatkan bukti bahawa dakwaan itu tidak benar, maka ianya seolah-olah mengiyakan dakwaan kepimpinan Pas bahawa kerajaan Dap tidak bersikap adil dan seolah-olah ingin membalas dendam terhadap Pas berikutan konflik yang berlaku antara kedua buah parti tersebut.

“Dan jika perkara ini benar maka jelaslah bahawa Dap merupakan parti politik yang bersikap tidak professional dan tidak adil sebagai sebuah kerajaan serta perbuatan mereka amat bertentangan dengan slogan-slogan yang dilaung-laungkan selama ini,”ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment