Wednesday, October 21, 2015
Bergaduh Siapa Nak Bawa Undi Tak Percaya, Macam Ini Pun Ada?
Konon dulu dibubarkan Pakatan Rakyat,
ditubuhkan Pakatan Harapan sebab takde kesepakatan antara PAS dengan
DAP. Jadi jalan penyelesaian, DAP tubuh PAN dan PAN ganti peranan PAS
dalam Pakatan baru yang dikenali pulak sebagai Pakatan Harapan –
harapanlah sangat.
Misi pertama Pakatan Harapan ini ialah
mengadakan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak di
Parlimen yang mula bersidang semalam. Idea asalnya oleh Tun Mahathir
tapi bakal dilaksanakan oleh PKR (parti Anwar Ibrahim) dan
sekurang-kurangnya 5 Ahli Parlimen BN yang ‘berimankan’ Mahathir ini
akan sokong undi itu nanti katanya.
Asal 6, tapi seorang sudah nafi terlibat dengan undi tidak percaya itu. Tapi dalam politik apa pun boleh berlaku.
Yang penting disini, walaupun dalam soal
nak menumbangkan Najib melalui undi tak percaya ini pun, PKR dan DAP
berbalah tentang siapa yang sepatutnya membawa usul tersebut. Mulanya
dah ditetapkan Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Utara (seorang cina) yang
akan bawa tapi mungkin sebab tarafnya rendah sangat, DAP tidak
bersetuju dan minta Ketua Pembangkang sendiri, Azizah untuk bawa.
Ini bukan main guli kata Guan Eng.
Pada mata kasar, mungkin benar Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak layak berbanding Azizah yang
nampak lebih gaya sebab bersuamikan peliwat macam Anwar tapi bagi yang
faham politik. strategi DAP ini sebenarnya ada serampang banyak mata,
bukan saja-saja.
Yang paling utama, nak elak persepsi
cina cuba tumbang pemimpin Melayu melalui undi tak percaya, yang mana
persepsi semacam itu sudah jelas bagi impak buruk kepada DAP bila
ahli-ahlinya (termasuk seorang berumur 14 tahun), memijak gambar Najib
dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam Bersih 4.
Dek kerana tindakan biadap itu saja,
perhimpunan Baju Merah yang diadakan kemudian, dapat sambutan luar
jangkaan. Jumlah yang hadir kalah mana-mana perhimpunan haram yang
pembangkang anjurkan sebelum itu.
Jadi adalah lebih baik Azizah yang ambil
alih, biar nampak Melayu jatuhkan Melayu dan DAP boleh terselamat dari
terpalit dengan persepsi yang semacam itu. Lagipun idea asal semua ni
pun datang dari Melayu juga walaupun ada kata ‘sebelah’ saja Melayu
sedangkan ‘sebelah’ lagi asal Kerala India sana.
Begitu pun, apa yang rakyat dapat
belajar? Mimpi nak tengok pembangkang ni bersatu dibawah nama baru,
boleh tinggal harapan sajalah. Nak bersatu dalam isu besar macam ini
pun tidak boleh, apa lagi dalam hal hal lain. Selain itu jelas DAP akan
jadi Godfather dalam Pakatan Harapan, putih kata dia putihlah, jangan
lawan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment