Wednesday, October 21, 2015

Malaysia Bukan Rumah Kedua Bagi Pengganas.. - TPM

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, mendakwa bahawa Malaysia menjaga antara salah satu negara zon paling selamat bagi para pengganas untuk menyewa. Maknanya orang-orang jahat dari luar negara memilih untuk lari dan bersembunyi di negara ini hingga ada yang menjadikan Malaysia rumah kedua mereka.

Membidas kenyataan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas tersebut. Katanya pertahanan negara tidak pernah tidur dan sentiasa berwaspada dengan sebarang pencerobohan pengganas.

Tindakan tegas dan penahan juga dibuat sekiranya terdapat golongan-golongan dan individu yang mempunyai kaitan dengan pengganas. Ini termasuklah pengganas dari militan Negara Islam (IS). Sehingga kini sebanyak  132 orang telah ditahan kerana mempunyai kaitan dengan pengganas IS.

“Malaysia tidak menjadi tempat perlindungan pengganas antarabangsa dan tahap keselamatan negara berada dalam tahap yang sangat baik dan terkawal dari segi ancaman dan anasir pengganas sama ada dalam dan luar negara.” Kata TPM.

Sebaliknya, negara hanya dijadikan sebagai tempat singgahan sementara untuk pengganas sebelum mereka bergerak ke negara ketiga, bukan dijadikan tempat perlindungan seperti yang didakwa oleh Shamsul.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment