Wednesday, October 07, 2015
Betul Ke Hishamuddin Kini Sokong Mahathir?
Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat semakin rancak mengkritik dan
nampak seperti ingin menjatuhkan parti UMNO. Namun begitu, bagi pendapat
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Mahathir tidar
sewajarnya dilabelkan sebagai pengkianat kepada UMNO.
Nampak seperti Hishammuddin bersependapat dengan kritikan yang
dilemparkan oleh Mahathir, tapi sebenarnya Hishamuddin cuba menunjukkan
sikap menghormati orang lama dan juga pemimpin yang pernah berjasa pada
negara.
Mungkin sebab tu lah Hishamuddin taknak orang ramai khususnya ahli Umno
menggelar Mahathir sebagai pengkhianat, walaupun Mahathir sekarang ni
banyak memburukkan pemimpin Umno demi kepentingan peribadinya.
“Kalau dari segi parti, ia tidak ada (pengkhianatan). Juga tuduhan Mahathir juga bukan suatu perkara baru,” kata Hishamuddin.
“Ini (kritikan) tidak patut diteruskan sebegitu rupa atau tak patut dilayan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
“Ini kerana ia boleh memecah belahkan kita. Lebih-lebih lagi dalam
parti. Kalau tanya dia (Mahathir) memburukkan keadaan di parti, setakat
ini saya rasa tidak,” katanya.
Setakat ini memang lah belum lagi parti Umno didalam keadaan yang teruk
diakibatkan oleh Mahathir. Ini kerana ahli-ahli dalam parti masih lagi
mampu berfikir mana yang betul dan mana yang salah.
Tapi kalau dibiarkan lama-kelamaan, racun yang Mahathir bawak ni boleh
memecahbelahkan parti.. Memang tak bagus jugak la kan apa yang dilakukan
oleh orang tua tu walaupun ianya dikatakan mahu menyelamatkan negara
kononnya.
Apa yang perlu dilakukan ialah, perbuatan tak beradab Mahathir ni perlu
dihentikan.. Tak elok rasanya kalau dibiarkan orang macam Mahathir ni
dalam parti..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment