Wednesday, October 07, 2015

Betul Ke UMNO Ada Musuh Dalam Selimut?

Tujuh pemimpin UMNO yang menjadi musuh dalam selimut, sekarang ini sedang dalam pemerhatian sebelum kesemua mereka dirujuk kepada lembaga disiplin. Ini  kerana tindakan kesemua mereka bukan sahaja boleh menjatuhkan parti sendiri tetapi mereka juga bakal merugikan UMNO.

Meskipun mereka sudah menyetahui identiti disebalik ketujuh-tujuh perosak parti tersebut, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tetap memutuskan untuk merahsiakan nama-nama mereka dari didedahkan kepada umun seblum siasatan selesai dilakukan.

"Terdapat tujuh pemimpin yang sedang dipantau. Kadang-kala cerita yang kita dengar berbeza daripada apa yang disebut," kata Tengku Adnan.

Mungkinkah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menjadi salah seorang dari tujuh pengkianat tu?? Yela sebab Saifuddin  kan  ada menghadiri sidang media bulat bagi pembentukan Pakatan Harapan yang diadakan oleh pembangkang. 

Hmmm mungkin jugak sebab apa motif dia hadiri program pembangkang tu.

Oleh disebabkan itu, Saifuddin dikritik hebat kerana tindakannya itu dianggap sebagai mahu merosakkan dan menjatuhkan maruah parti. Saifuddin juga turut menerima surat tunjuk sebab kerana menghadiri program tersebut.

Sementara itu, Tengku Adnan turut menganggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ingin melaga-lagakan pemimpin kerana dia dilihat tidak henti-henti mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak… Dirinya sendiri juga menjadi mangsa tomahan Mahathir.

"Hari ini pun saya dengar laman web dia (Dr Mahathir) telah mula 'attack' saya , tidak apalah. Saya lakukan kerja saya sebagai Setiausaha Agung, akhirnya kita akan tahu mana baik dan mana yang buruk.

"jangan kita nak lagakan, sudah-sudahlah," kata Tengku Adnan lagi.

Ntah-ntah Mahathir pun antara tujuh pemimpin yang dalam pemerhatian tu tak?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment