Wednesday, October 07, 2015
Dewan Ulama PAS Dakwa Chegu Bard Menipu
Pas hari ini menafikan terlibat atau campur tangan dengan pergolakan
yang berlaku dalam PKR susulan penubuhan Pakatan Harapan (PH) tanpa
penglibatan parti Islam itu seperti yang didakwa ahli PKR seumur hidup,
Badrul Hisham Shaharin.
Menurut Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, partinya
tidak pernah sesekali untuk mencampuri pergolakan yang berlaku PKR
memandangkan parti Islam itu sendiri juga mempunyai pergolakan yang
telah menyebabkan perpecahan dalam parti.
Mahfodz berkata, partinya kini lebih memfokuskan untuk mengukuhkan dasar
parti apabila parti Islam itu telah mengalami berpecahan ekoran ahlinya
menubuhkan sebuah parti baharu ekoran kekalahan dalam pemilihan parti
yang lalu.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Chegubard. Pas memang tidak pernah terfikir nak kacau daun parti lain.
"Pas sendiri pun dah berpecah. Pas ini parti Islam dam jika dilihat Amanah pun hasil dari serpihan Pas," kata Mahfodz.
Selain itu, Naib Presiden Pas Idris Ahmad juga turut tampil menafikan
dakwaan Badrul Hisham yang lebih dikenali Chegubard dengan mengatakan
ianya mengarut dan tidak boleh dipercayai.
"Maaf saya tidak percaya," kata Idris.
Chegubard sebelum ini menyatakan terdapat gerakan dalam kalangan
pemimpin dan aktivis PKR untuk menubuhkan parti baharu yang telah
dibantu oleh pemimpin Pas dan telah hadir ke Pejabat Pendaftar
Pertubuhan di Putrajaya untuk mendaftarkan parti baru itu.
Dalam masa sama, Chegubard juga memaklumkan beliau memperolehi maklumat
tersebut daripada seorang kenalan dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan
tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment