Saturday, October 17, 2015
Bila Zahid Hamidi Memeluk Zam Maidin, Apa Pandangan Anda?
Dalam kekalutan kemelut politik yang cuba dicetuskan oleh pembangkang
dan penyokong Mahathir, mereka dikejutkan dengan gambar-gambar Zahid
Hamidi dan Zainuddin Maiddin berpelukan.
Gambar-gambar tersebut agak
viral di media sosial.
Menurut beberapa portal, berdasarkan gambar tersebut, bermacam-macam
andaian positif dan negatif dilantunkan. Sejujurnya tidak ada sesiapa
pun yang mampu meneka dengan tepat makna atau senario sebenar tindakan
Zahid Hamidi dan Zainuddin Maiddin ini.
Umum amat maklum bahawa Zainuddin Maiddin merupakan antara individu yang
mengkritik pentadbiran Perdana Menteri secara keras. Beliau dikatakan
pengikut tegar Tun Dr Mahathir yang secara terang-terangan mahu
menjatuhkan dan mengguling Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula merupakan orang kuat Datuk Seri Najib
Razak. Beliau dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang disingkir. Sejak kebelakangan ini anak beliau
menjadi sasaran mudah pihak pembangkang selain daripada Datin Seri
Rosmah Mansur.
Adakah Zainuddin cuba untuk menjernihkan keadaan atau cuba menimbulkan
keraguan apabila beliau menjelaskan sebab-sebab pertemuan dua individu
ini? Adakah jarum yang cukup halus cuba disuntik sedikit demi sedikit?
Zainuddin yang juga merupakan bekas Menteri Penerangan dan Ketua
Pengarang Kumpulan Utusan Melayu mengakui dihujani persoalan berkaitan
perkara tersebut.
“Tentunya pertanyaan ini timbul kerana saya dianggap sebagai kritikal
terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib, menteri-menteri dan
mempertikaikan teguran Zahid kepada pemimpin parti terhadap 1MDB sebagai
menimbulkan kontroversi, sebaliknya bagi saya kerana sayangkan parti,”
kata Zainuddin.
Kenyataan Zainuddin yang menekankan bahawa tindakan beliau yang sinikal
dan kritikal terhadap pentadbiran Najib kerana sayangkan parti amat
tidak boleh diterima. Hakikatnya kita tahu bahawa segala tindak tanduk
beliau selama ini sebenarnya mengancam kesinambungan parti dalam erti
kata yang sebenarnya.
Pentadbiran Perdana Menteri kita tidak tertumpa kepada isu 1MDB
semata-mata. Ianya hanya lah sebahagian yang terlalu kecil dalam
pentadbiran negara. Tambahan pula 1MDB bukanlah syarikat yang mengalami
kerugian ataupun membuat pelaburan dalam sektor yang merugikan
sepertimana yang berlaku dalam zaman pentadbiran Mahathir apabila
Perwaja mencatitkan kerugian yang amat besar.
Dengan itu, tindakan Zainuddin menggunakan isu 1MDB untuk menyerang
Perdana Menteri jelas bukan kerana sayangkan parti. Sekilas ikan di air,
jantan betina kita tahu. Hipokrasi yang melampau akan memualkan rakyat.
Berbalik kita kepada isu berpelukan tadi, Zainuddin menjelaskan juga
bahawa Zahid telah lama menyatakan hasrat berkunjung ke rumahnya kerana
menganggap wartawan veteran itu tetap bosnya.
Zahid pernah menjadi Timbalan Menteri ketika Zainuddin menjadi Menteri
Penerangan. Zainuddin telah menjawat jawatan itu selama tiga tahun pada
2006 hingga 2008 ketika era perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Zainuddin berkata beliau dan keluarga berbesar hati atas kunjungan itu
selain mendoakan keselamatan dan kejayaan cemerlang bagi “perjalanan
politiknya yang kritikal”.
Komen-komen sinis beliau membawa banyak maksud yang dengan mudah boleh
dimanipulasikan dengan bermacam-macam taksiran. Walaubagaimana pun,
setakat ini kami belum mendapat sebarang komen dari pihak Zahid Hamidi.
Memang sailaturrahim bagus untuk kita jaga, namun setiap langkah yang
boleh membawa fitnah yang membinasakan sepatutnya dielakkan. Oleh itu,
kita berharap Zahid Hamidi akan lebih berhati-hati dalam membuat
sebarang langkah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment