Saturday, October 17, 2015
Bagilah..... PKR Minta Derma RM26 Dari Rakyat
PETALING JAYA : PKR hari ini melancarkan kempen derma RM26 bagi
membolehkan parti itu berdepan dengan Umno dalam PRU akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pada pilihan
raya lalu mereka sukar berdepan dengan masyarakat luar bandar kerana
kekurangan dana.
“Dalam tempoh dua PRU lalu kita menang banyak di kawasan bandar tetapi
sukar dekati masyarakat luar bandar dengan lebih efektif. Suka atau
tidak cabaran besar yang dihadapi adalah sama ada kita mampu sedarkan
rakyat.
“Sebuah parti baru 16- 17 tahun bertapak berbanding Umno. Kami
memerlukan sumber kewangan untuk melaksanakan misi ini. Kita tidak ada
penderma misteri untuk menderma, jadi kita harap rakyat sedia sumban
sekurang-kurang RM 26 supaya kami
boleh bawa perubahan kepada rakyat,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian kempen itu.
Menurut Bendahari Agung PKR, Datuk Paduka Dr Tan Yee Kew, nilai RM 26
dipilih kerana yakin semua rakyat mampu untuk menyumbang dalam jumlah
itu.
“Cukuplah, kita tiada pilihan kita mesti tukar kerajaan. Sebagai parti
baru kami memerlukan dana untuk melatih jentera pilihan raya yang
berkesan.
“Dengan adanya sumber kewangan yang baik kita mampu mengajak rakan-rakan
di pendalaman dan separa bandar untuk lakukan perubahan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment