Thursday, October 01, 2015
Bukan Semua Pengundi Cina Sokong DAP - PAS
PAS mengingatkan DAP bahawa bukan semua masyarakat Cina di negara ini
mmenyokong DAP, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata ini berdasarkan kaji selidik
dijalankan PAS selepas parti itu mengesahkan telah memutuskan hubungan
dengan DAP pada muktamar tahunannya Jun lepas.
"Jangan ada tanggapan semua orang Cina sokong DAP...DAP juga tidak boleh
menganggap dia mendapat sokongan (seratus peratus) daripada masyarakat
Cina (ketika ini)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di
pejabatnya di Kota Darul Naim Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sokongan
masyarakat Cina terhadap parti itu selepas PAS tidak menyertai Pakatan
Harapan yang ditubuhkan pada minggu lepas dan dianggotai Parti Keadilan
Rakyat (PKR), DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah
Negara (Amanah).
Mohd Amar mendakwa bukan semua masyarakat Cina marah kepada PAS selepas
parti itu tidak lagi menjalin sebarang kerjasama dengan DAP.
"Dalam konteks masyarakat Cina di Kelantan, masih elok hubungan
(masyarakat itu) dan (mereka) masih menyokong PAS. (Ia berdasarkan) kaji
selidik yang kita buat.
"Ada (dakwaan) yang cakap bila PAS berpecah dengan DAP sekaligus
menyebabkan masyarakat itu menolak PAS, itu tidak betul. Bukan semua
yang marah kepada PAS," katanya.
Ditanya mengenai hasrat Amanah untuk bertanding di enam kerusi Parlimen
di seluruh negara termasuk Parlimen Kuala Krai, Mohd Amar berkata segala
kenyataan yang dibuat oleh pihak penaja parti itu adalah bohong
semata-mata.
"Dulu dia (Amanah dakwa) tidak akan ganggu PAS di Kelantan. Kalau
betul-betul mereka nak bantu PAS, dia patut biar PAS (sahaja) bertanding
di Kelantan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment