Thursday, October 01, 2015
Nak Cover Pulak Dah.... Azizah Kata Kenyataan Sayap PKR Bukan Mewakili Parti
Pulak dah... celaru habis selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail memberitahu kenyataan AMK dan Wanita PKR Pulau Pinang bukan
pendirian parti.
Pada Selasa, kedua-dua sayap PKR itu mendesak Timbalan Pesuruhjaya PAS
negeri, Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP)
Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Selasa,
Bagaimanapun, dalam sidang media parti itu Rabu, Wan Azizah berkata,
kenyataan tersebut hanyalah kenyataan peribadi pimpinan AMK dan Wanita
PKR negeri itu.
"Itu adalah pandangan peribadi mereka bukan pendirian parti,"
Menurut Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata, pihaknya masih
'meletakkan' Mohd Salleh Man di kedudukannya tanpa ada yang terjejas.
"Mereka (PKR Pulau Pinang) ini 'isolated' jadi, ia hanya kenyataan
mereka. Tapi ia tidak menjejaskan (hubungan PKR dengan PAS) kerana kita
masih lagi meletakkan Datuk Salleh Man di tempatnya...tidak menjejaskan
apa-apa.
"(Kenyataan seperti itu memburukkan keadaan?) Kitakan parti terbuka, bolehlah jika nak cakap luahkan isi hati," katanya.
Sebelum ini Ketua AMK Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak berkata
desakan itu wajar kerana Pas tidak lagi bersama dalam pentadbiran
kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan
YDP MAIPP itu bagi menggantikan wakil PAS apabila penggalnya tamat akhir
tahun ini," katanya.
Sementara Ketua Wanita PKRnya, Nur Zarina Zakaria berkata, jawatan YDP
MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar
di Pulau Pinang dengan 10 ADUN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment