Thursday, October 08, 2015
Buruknya Perangai Mangkuk Ni.... SOSMA Digunakan Untuk 'Zip' Mulut Ahli UMNO
KUALA LUMPUR : Penggunaan undang-undang anti-keganasan terhadap Datuk
Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengkritik perdana menteri adalah mesej
tersirat untuk ahli-ahli Umno yang lain, kata Datuk Saifuddin Abdullah.
"Penggunaan Sosma secara khusus kerana dia adalah dari Umno. Pemimpin
tertinggi mahu dia menutup mulut," katanya, merujuk kepada Khairuddin,
bekas Naib Pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan.
Khairuddin telah ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) (Sosma) pada 23 September di Kompleks Mahkamah
Duta, sebaik sahaja beliau dibebaskan daripada tahanan reman.
Saifuddin berkata, Umno boleh menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Najib
Tun Razak, justeru mesej perlu dibuat untuk 'zip mulut mereka'.
Katanya, beliau tidak bimbang undang-undang anti-keganasan digunakan
terhadap beliau jika ditangkap, sambil menambah beliau juga tidak akan
terkejut jika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga ditangkap.
"Itu bukan untuk menyatakan bahawa saya membiarkan penggunaan Sosma
terhadap sesiapa. Terdapat banyak undang-undang lain sedia ada," kata
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu
pada sidang media oleh NGO terhadap Sosma.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment