Thursday, October 08, 2015
Kemungkinan PKR Berpecah Tak Mengejutkan - Khalid
PETALING JAYA : Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika
ada perpecahan dalam PKR dan beberapa ahlinya membentuk sebuah parti
baharu.
Bekas Menteri Besar Selangor ini percaya situasi ini akan berlaku kerana parti itu tidak diuruskan dengan baik.
"Terdapat terlalu banyak aduan oleh ahli parti yang belum diuruskan
dengan cara yang adil, telus dan menyeluruh," katanya di laman Facebook,
Rabu.
Beliau berkata tindakan beberapa pihak dalam Pakatan baru-baru ini gagal menyediakan ruang yang kondusif dan inklusif.
"Saya lebih suka melihat perkara-perkara ini dari luar dan saya tidak
terlibat secara langsung dalam usaha mereka untuk mewujudkan kuasa
ketiga ini," katanya.
Khalid berkata beliau akan memberi fokus terhadap tenaga dan memberi
pandangan bagi memulihkan ekonomi negara yang sedang menghadapi tekanan
dalaman dan luaran.
Katanya, beliau masih menunggu keputusan aduan dengan Pendaftar
Pertubuhan (ROS) mengenai penyingkirannya daripada PKR sebagai tidak
sah.
Khalid mendakwa penyingkirannya tidak dilakukan mengikut perlembagaan parti.
Cakap-cakap mengenai perpecahan dalam PKR bertiup kencang selepas
penyokong Timbalan Presiden Azmin Ali kononnya membentuk pakatan lain
dengan mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman spontan Presiden
Dr Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan.
Petisyen telah dihantar oleh 25 ahli parti menuntut mengadakan mesyuarat
Majlis Tertinggi untuk membincangkan menegnai pengumuman Dr Wan Azizah.
Petisyen itu ditandatangani oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli
Parlimen Padang Serai N Surendran, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan
Lee Hoy Sian, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Adun Sri Muda
Shuhaimi Shafiei, Adun Kampung Medan Haniza Talha, Adun Bukit Lanjan
Elizabeth Wong, Adun Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari dan Adun Batu Caves,
Amirudin Shari.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment