Thursday, October 08, 2015
Tony Fernandes Sokong Kajian Bahasa Inggeris Oleh Pemandu... Baik Kau Tanya Pak Samad Tu
PETALING JAYA : Ketua Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menyokong
kajian oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mengenai
kepentingan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di tengah-tengah
kebimbangan penurunan tahap bahasa ini di Malaysia.
Dalam beberapa siri tweetnya pada Rabu, Fernandes menggesa semua rakyat
Malaysia mengambil bahagian dalam kaji selidik tujuh soalan itu, bimbang
negara ini semakin hilang daya saing kerana standard Bahasa Inggeris
yang lemah.
"Malaysia telah hilang daya saing kerana standard kita dalam bahasa
Inggeris semakin menurun. Kita tidak boleh lari daripada bahasa
Inggeris. Ia adalah bahasa global.
"Bayangkan jika semua anak-anak kita bertutur dan menulis dalam bahasa
Inggeris seperti zaman dulu. Sebagai tambahan, boleh bercakap bahasa
Mandarin dan Tamil. Wow," katanya melalui Twitter @tonyfernandes.
Turut berkongsi link kaji selidik itu, bos AirAsia juga menggesa rakyat
Malaysia melengkapkan kaji selidik itu dan menjadikannya viral, sambil
menambah syarikat penerbangan itu telah melakukan peranannya dengan
menggalakkan kajian itu di laman webnya.
"Negara kita mempunyai banyak potensi. Ini adalah masa untuk majoriti
senyap bersuara. Saya telah mencuba dengan cara saya yang kecil. Tetapi
saya akan bersuara lebih kuat," katanya.
Kaji selidik Pemandu telah menjana maklum balas orang awam sejak ia
diumumkan pada Selasa, dengan pautan kepada kajian itu dikongsi di akaun
media sosial.
Ramai daripada mereka menyokong keperluan untuk meningkatkan tahap
penguasaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa itu sebagai bahasa
pengantar di sekolah.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming adalah antara ahli politik yang
berkongsi link kaji selidik itu melalui akaun Twitternya,@imokman.
"Kaji selidik PEMANDU dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah
kebangsaan kita. Sila isi jika anda mahu MOE (Kementerian Pendidikan)
melihat maklum balas anda," katanya.
Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan turut berkongsi link kaji selidik itu di laman Twitternya.
Terdapat juga mereka yang tidak mahu menyuarakan pendapat terhadap
kajian itu, menyatakan bahawa mereka tidak melihatnya akan mempunyai
kesan seperti dikehendaki.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment