Kononnya kata ADUN DAP itu, peniaga perlu menaikan harga barang kerana kos penghantaran barang dipengaruhi oleh penyelarasan kadar tol. Zainuddin juga turut digelar sebagai seorang yang angkuh dan sombong hanya kerana memberi amaran kepada peniaga untuk tidak menaikan harga barang.
“Saya ingin bertanya kepada Menteri adakah lori-lori yang menggunakan lebuh raya ini tidak perlu membayar ataupun tidak berdepan kenaikan harga?
“Sekiranya mereka terkesan, apakah rasional bagi menteri menghalang peniaga menaikkan harga barangan dengan kadar yang munasabah memandangkan kos pengangkutan terpaksa naik berikutan kenaikan tol yang dibenarkan oleh kerajaan pusat?
“Walaupun bukan semua lebuh raya terlibat, apa yang nyata adalah lebuh raya yang menaikkan harga merupakan lebuh raya yang utama di sekitar Lembah Klang. Kenyataan beliau seperti pepatah Cina yang membawa maksud Rakyat tidak dibenarkan untuk menyalakan lampu ketika kerajaan sedang membakar,” kata Ng Tien.
Mungkin DAP ni suka kot tengok rakyat bertambah sengsara sebab tu dorang sokong kalau peniaga mahu naikkan harga barang. Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Zainuddin tu ada betulnya.
Tidak semua lori yang menggunakan lebuh raya akan melalui tol yang diselaraskan itu dan tidak semua lori akan menggunakan lebuh raya sebagai laluan mereka. So tidak adil bagi kawasan luar bandar jika mereka terpaksa berdepan dengan kenaikan barang hanya kerana penyelarasan tol di bandar.
Takut nanti ada yang akan mengambil kesempatan diatas kesulitan yang dialami ini.

No comments:
Post a Comment