Thursday, October 15, 2015
Mahathir Nak Bela Nasib Rakyat Atau Nak Jaga Kroni?
Berang kerana kuncu-kuncunya yang mengkritik kerajaan telah dikenakan
tindakan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus
menyalahkan dan mempertikaikan apa sebenarnya motif Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) diwujudkan.
Mahathir mempersoalkan, adakah ia diciptakan special untuk
pengkritik-pengkritik kerajaan atau pun tujuan sebenarnya untuk
menangani aktiviti keganasan. Mahathir semasa sidang akhbar di
Putrajaya, sebelum ini mendakwa kerajaan menyalahgunakan undang-undang
yang disediakan.
Mahathir menuduh kononnya kerajaan menyalahguna kuasa untuk menahan
sesiapa sahaja yang mempertikaikan setiap tindak tanduk kerajaan.
Rasanya.., mungkin Mahathir ni tak puas hati kot.. Yela kan.., sebelum
ni kawan-kawan dia tu yang lantang sangat dok kritik Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.., dan sekarang ni telah pun dikenakan
tindakan atas kesalahannya tersebut. Memang meroyan lah Mahathir kann..
“Mereka menggunakan perkataan sabotaj untuk memboleh¬kan tindakan
dikenakan terhadap kumpulan ini dengan menggunakan akta baharu ini
(Sosma). Memang undang-undang menyekat kebebasan rakyat untuk berbuat
sesuka hati tetapi dalam isu ini mereka tidak melakukan sesuatu yang
boleh ditakrif sebagai sabo¬taj kepada kerajaan,” dakwanya.
Bagi pendapat Gomez, kalau kritikan yang dilemparkan kepada kerajaan itu
tidak berasas dan boleh menimbulkan fitnah, so takde salahnya dikenakan
tindakan terhadap individu tersebut. Kalau dibiarkan makin melampau la
dorang buat kerja tak betul tu.
Sekarang ni Mahathir dan sekutunya tengah tunggu je apa keputusan
kerajaan yang berjanji untuk memulihkan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) dalam tempoh enam bulan. Kalau tidak berhasil mesti dorang akan
kaw-kaw punya hentam kerajaan. Geng Mahathir pun dah pelan-pelan
menghasut ahli UMNO untuk terus menghentam kerajaan kononnya alasan
supaya berani bersuara.
Katanya ini semua untuk membela nasib rakyat supaya diaorang tidak terus
menerus ditakutkan dengan ugutan dikenakan tindakan undang-undang kepada
sesiapa yang menentang kerajaan.
Walhal sebenarnya diaorang tu hanya nak menjaga kepentingan kroni je.. Tak
ada pun perjuangan untuk membela nasib rakyat seperti yang diaorang dok
jaja merata.. Itulah jadinya bila dah "tak cukup makan".. Demi kroni..,
jatuhkan kerajaan pun sanggup beb...
Disediakan : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment