Thursday, October 15, 2015
UMNO Harus Bersyukur Bila Saifuddin Keluar Parti
Dengan penyertaan Saifuddin Abdullah ke Parti Keadilan Rakyat (PKR),
maka Umno bolehlah menarik nafas lega kerana pengkhianat yang selama ini
bersarang didalam parti melayu terbesar itu sudah mula melarikan diri..
Penyertaan Saifuddin ke parti Anwar tersebut wajar disambut baik oleh
seluruh ahli Umno kerana ianya merupakan suatu "rahmat" terhadap
perjuangan memartabatkan bangsa melayu.
Saifuddin yang kita kenal selama ini bukanlah seorang pejuang melayu..,
jauh sekali seorang pejuang agama seperti yang ada didalam Umno dan
PAS.. Sebab itulah kedua-dua parti ini "sangat panas" buat Saifuddin..
Lebih dikenali sebagai seorang yang liberal, Saifuddin sebelum ini
seumpama si Kitul dalam Umno apabila lebih banyak mengutuk polisi serta
dasar yang dibuat oleh partinya sendiri.. Tak kurang juga apabila
Saifuddin mengkritik keputusan yang dibuat oleh kerajaan sedangkan dia
sendiri berada didalam kerajaan tersebut.
Mana mungkin seorang yang mahukan semuanya diberi secara sama rata mampu
duduk didalam Umno yang begitu aktif memperjuangkan nasib bangsa
melayu.. Dan mustahil juga seorang yang liberal didalam pemahaman agama
mampu duduk didalam PAS yang begitu kuat berjuang demi Islam.
Oleh itu.., tempat yang paling sesuai bagi Saifuddin hanyalah didalam
PKR yang secara rasmi kita tahu mereka menyokong kesamarataan didalam
negara hinggalah samarata dalam hubungan sejenis yang sangat dilarang
didalam agama.
Mungkin Saifuddin beranggapan melayu tak perlu menguasai politik dan
berjaya didalam ekonomi seperti yang diperjuangkan oleh Umno.. Sebab
itulah dia lebih memilih PKR yang dianggap adil didalam berpolitik..
Mungkin juga Saifuddin memikirkan bahawa PAS terlalu ekstrem berjuang
untuk agama sehingga mahu Hukum Hudud dijalankan di Kelantan.. Maka
dengan itu Saifuddin lebih rela "dibakar" bersama geng-geng PKR yang
giat bersekongkol dengan DAP menentang Hukum Islam tersebut.
Jadi kesimpulannya.., tiada apa yang berkurang didalam Umno dengan
pemergian individu tersebut.. Adanya dia dulu didalam Umno juga langsung
tak menambah apa-apa kebaikan sekalipun.. Dan kini, rakyat akan lebih
mudah untuk menilai perangai sebenar beliau..
Apakah Saifuddin akan setaraf dengan Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali serta
beberapa bekas pemimpin Umno yang lain setelah melompat keluar parti?
Hanya masa yang menentukan nasib Si Kitul terbaru ini.. Sama-samalah
kita lihat nanti....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment