Thursday, October 15, 2015

Muhyiddin Lupa Mahathir Bukan Tuhan!!

Kenyataan terbaru Muhyiddin yang sependapat dengan Mahathir bahawa dua individu yang cuba membawa pihak luar mencampuri urusan pentadbiran negara bolehlah kita anggap sebagai kenyataan low class dari seorang yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, dia menyokong Akta SOSMA tetapi tak bersetuju akta berkenaan dikenakan kepada Khairuddin dan juga Matthias Chang yang sebelum ini secara jelas cuba memburukkan kerajaan diluar negara.

Jelas disini, Muhyiddin bersikap talam dua muka dan cuba bermain politik secara bangsat disebalik kenyataan tersebut. Muhyiddin mengatakan dia tak bersetuju jika kedua-dua "balaci" Mahathir itu dituduh melakukan sabotaj terhadap kerajaan Malaysia.

Bagi Muhyiddin, perbuatan Khairuddin serta Matthias itu patut dianggap mulia kerana ia adalah perbuatan warganegara yang prihatin terhadap negaranya. Nampaknya Muhyiddin kini sudah lebih nyanyuk dari Mahathir.

Mungkin bagi Muhyiddin, perbuatan Mahathir, Khairuddin dan juga Matthias itu adalah perjuangan suci demi rakyat dan juga perjuangan mulia demi negara. Tapi bagi rakyat, perbuatan kedua-dua individu tersebut adalah perbuatan mengkhianati sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi.

Dan sudah tentu yang jahat bagi Muhyiddin adalah Presiden Umno dan juga Perdana Menteri Malaysia! Manakala yang baik bagi Muhyiddin semestinya "idola" beliau yang maksum lagi karamah iaitu Mahathir Mohamad!

Amat memalukan!! Muhyiddin bersama Mahathir dan rakan-rakan sekutunya kini sudah tidak layak menjadi ahli Umno apabila secara terang-terangan "menderhaka" kepada Presiden parti. Mereka juga sepatutnya sudah meletakkan jawatan masing-masing dan menyertai parti pembangkang.

Jika individu yang menjual rahsia negara pada pihak luar dan juga membuka pintu untuk pihak asing mencampuri urusan dalam negara dianggap perbuatan suci, Muhyiddin dan Mahathir tak ubah seperti Si Kitul yang menjadi punca runtuhnya Kota Melaka kepada penjajah!

Kita sudah nampak bahawa Si Kitul zaman moden kini sudah muncul! Mereka sanggup melakukan apa saja demi mendapat apa yang mereka hajatkan. Tanpa rasa bersalah mereka mengatakan bahawa perjuangan mereka demi rakyat, walhal ia sebenarnya hanya untuk kepentingan perut mereka sendiri.

Inilah wajah sebenar Muhyiddin yang kecewa kerana digugurkan dari jawatan dalam kabinet. Muhyiddin beranggapan dia mampu menjadi Perdana Menteri atas sokongan Mahathir, tetapi dia lupa bahawa Mahathir bukannya Tuhan!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment