Thursday, October 15, 2015
Mahathir and The Gang Tak Berani Ke Balai Polis Rupanya..
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri
yang lantang mengkritik kontroversi berhubung syarikat 1MDB hari ini
menafikan dakwaan yang tersebar di WhatsApp bahawa akan membuat laporan
polis secara berasingan terhadap kes tersebut.
Menurut Pegawai Media bekas perdana menteri itu, Sufi Mohd Yusof,
sebaran berita mengenai laporan akan dibuat oleh majikannya itu
merupakan satu fitnah yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Berita itu tidak benar," kata Sufi yang membuat penafian mengenai berita tersebut bagi pihak majikannya itu.
Manakala penafian Muhyiddin dibuat sendiri oleh bekas timbalan perdana
menteri itu menerusi laman Facebooknya dengan mengatakan berita terbabit
adalah palsu.
""WhatsApp yang tersebar mengenai laporan polis oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah PALSU," kata Muhyiddin.
Selain itu, berita yang tersebar itu juga memaklumkan seorang lagi
pemimpin iaitu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut
membuat laporan polis mengenai isu terbabit.
Menurut berita itu lagi, laporan polis akan dibuat secara serentak oleh ketiga-tiga pemimpin ini di tiga lokasi berbeza.
Penafian ini juga jelas menunjukkan pemimpin tersebut yang lantang
mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan
menuduh Najib terlibat dengan pelbagai skandal sebagai satu fitnah
apabila tidak berani membuat laporan terhadap tuduhan yang dilemparkan.
Jika benar mereka mempunyai bukti bahawa Najib memang terlibat dengan
skandal terbabit sudah pasti pemimpin-pemimpin ini akan membuat laporan
polis bagi membuktikan dakwaan yang mereka lakukan terhadap perdana
menteri.
Ini tidak, mereka tidak berani membuat laporan polis dan turut menafikan
berita yang tersebar di WhatsApp bahawa mereka akan membuat laporan
polis. Mengapa Mahathir and the geng ini tidak berani membuat laporan
polis tetapi lantang mengkritik Najib???
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment