Thursday, October 15, 2015
Tony Pua Akan Ambil Tindakan Pada Peniaga India PKR
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang melakukan satu
kunjungan di bazar di Sungai Way melahirkan rasa kesal dengan tindakan
peniaga India yang melemparkan kata-kata kesat kepadanya dan berkelakuan
samseng ekoran diarahkan berpindah ke tapak yang baharu.
Menurut Pua, peniaga India yang berkelakuan samseng tersebut telah dikenal pasti dan merupakan ahli PKR.
Oleh itu, beliau akan membuat aduan kepada PKR untuk mengambil tindakan
tegas kepada peniaga India yang merupakan ahli PKR ini dan beliau yakin
PKR akan mengambil tindakan terhadap aduannya itu.
Pua berkata, tindakan peniaga di situ sememang kurang ajar dan beliau
berharap aduan beliau kepada PKR itu akan diambil serius memandangkan
peniaga disitu rata-ratanya ahli PKR.
"Sesetengah daripada mereka adalah ahli PKR... Saya akan menulis surat aduan kepada menteri besar," kata Pua.
Pua dalam masa sama menjelaskan keputusan untuk memindah tapak bazar
lama ke tapak baharu dibuat berdasarkan aduan mengenai kesesakan lalu
lintas.
Selepas digertak oleh peniaga bazar disitu, Pua mengatakan keputusan
untuk memindahkan bazar tersebut kekal dan ia perlu dipindahkan dengan
segera.
Sememangnya pemimpin DAP sering menuding jari kepada parti lain apabila
sesuatu isu itu tidak dapat diselesaikan oleh mereka. Kali ini, pemimpin
DAP menuding jari kepada PKR dengan mengatakan peniaga bazar di Sungai
Way yang bertindak gangster itu merupakan ahli PKR dan beliau mahu PKR
menyelesaikan perkara tersebut.
Sungguh mudah menjadi pemimpin DAP kan... dahulu Pas sering menjadi
mangsa DAP apabila DAP tidak dapat menyelesaikan satu masalah. Kini DAP
mula menjadi PKR sebagai mangsa baharu mereka dalam insiden peniaga
India diarahkan untuk berpindah ke lokasi yang baharu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment