Thursday, October 15, 2015

PAS Bersedia Jalin Kerjasama Dengan UMNO Demi Bangsa Melayu

Susulan Pas tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali memaklumkan Pas tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Umno.

Jelas Mustafa, setakat hari ini Pas hanya menjalankan kerjasama bukan politik dengan Umno, dan pada masa akan datang Pas tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama politik dengan Umno bagi memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu.

Mustafa berkata, walaupun hanya menjalankan kerjasama bukan politik dengan Umno, Pas sudah berasa selesa dengan hubungan kerjasama itu dan akan memastikan hubungan kerjasama politik juga akan terjalin pada masa akan datang.

"Pada waktu ini kita tidak ada kerjasama politik dengan Umno, kita kerjasama dengan PKR sahaja. Pakatan Harapan pun Pas tidak bersama.

"Tetapi tentang isu tidak politik tiada masalah kerjasama dengan Umno, melibatkan kerjasama dengan kerajaan," kata Mustafa Ali dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur.

Sudah pasti golongan Melayu menanti-nantikan dua parti Melayu ini bergabung bagi memperkukuhkan kedudukan orang Melayu di negara ini, sekaligus mempertahankan hak orang Melayu daripada dirampas oleh parti Cina yang jelas mahu menyingkirkan orang Melayu di negara ini.

Apapun, kita berdoa agar jalinan kerjasama diantara dua parti ini akan termakbul, sekaligus hak orang Melayu di negara ini akan terus terbela walaupun terdapat pemimpin Melayu yang sanggup menjadi kaldai DAP.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment