Thursday, October 15, 2015
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Dedah Kezaliman DAP Terhadap Islam
Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah mendakwa kerajaan DAP
Pulau Pinang telah menarik kembali bantuan dua buah sekolah rendah
Islam di negeri itu.
Menurut Yusni, dua buah sekolah yang ditarik bantuannya itu adalah
Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul
Ulum (SRIBU).
Dalam nada kecewa, Yusni menyifatkan perbuatan kerajaan negeri DAP
menarik balik bantuan sekolah agama itu sebagai kejam kerana cuba
mempolitikkan isu pendidikan di negeri itu.
Katanya, kerajaan negeri tidak sepatutnya menjadikan perkara tersebut
sebagai isu politik, sebaliknya membantu sekolah agama milik ahli Pas
walaupun DAP telah menganggap Pas sebagai musuh utama.
Jelas Yusni, dengan tindankan kerajaan negeri ini ia akan memberi
masalah kepada seluruh pelajar terbabit serta kakitangan sekolah
tersebut yang mungkin terpaksa diberhentikan.
"Kami juga mengingatkan agar tidak menjadikan politik sebagai alasan
untuk menafikan bantuan kepada dua buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) ini.
"Lebih-lebih lagi, masa hadapan lebih 500 pelajar yang kebanyakan
terdiri daripada pelajar miskin termasuk hampir 80 kakitangannya bakal
terjejas dari keputusan tersebut," kata Yusni.
Dalam masa sama Yusni meminta kerajaan negeri memperjelaskan mengapa dua
bua sekolah yang dipercayai milik ahli Pas ini dikeluarkan dari senarai
penerima bantuan kerajaan negeri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment