Thursday, October 15, 2015
Liong Sik Tak Takut Jumpa Najib Di Mahkamah
Memandangkan Tun Dr Ling Liong Sik berkeras untuk tidak mahu
mengemukakan permohonan maafnya terhadap perdana menteri Datuk Seri
Najib Razak atas tuduhan fitnah berhubung 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Sekarang ini peguam Najib hanya menunggu kata dua dari anak guamnya sama
ada ingin menyaman Liong Sik atau tidak. Ini kerana tempoh masa tujuh
hari yang diberikan oleh Najib untuk Liong Sik membuat permohonan maaf
sudah tamat.
"Kami perlu bertemu anak guam kami (Najib) untuk menerima arahan
berikutnya sama ada akan memfailkan saman," kata peguam Najib, Datuk
Mohd Hafarizam Harun.
Pada Jumaat lepas, peguam Liong Sik dengan bangganya menulis bahawa anak
guamnya itu tidak akan memohon maaf dan akan terus mempertahannya
kenyataan fitnah yang dikeluarkannya itu. Liong Sik juga dikatakan tidak
sabar untuk berjumpa dengan Najib di mahkamah.
Bekas menteri pengangkutan itu juga turut mendakwa bahawa dia bersetuju
dengan dakwaan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga turut
mendakwa Najib sebagai seorang yang "mengambil wang rakyat dan
memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".
"Saya bersetuju dengan (Dr) Mahathir. Kerana beliau (Najib) mengambil
wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau," kata
bekas presiden MCA itu.
Nampaknya Najib hanya perlu beri lampu hijau kepada peguamnya dan Liong
Sik akan diheret ke mahkamah dan nasib Liong akan diputuskan oleh hakim
mahkamah. Saman jangan tak saman haha!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment