Thursday, October 15, 2015
Hanya Nepal Boleh Jadi Guard di Malaysia.. Yang Lain Tidak Dibenarkan!!
Jika dahulu, warga asing dilarang keras untuk menjadi pegawal
keselamatan di mana-mana syarikat mahu pun kawasan-kawasan riadah lain.
Namun sekarang perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan di negara ini..
bagaikan mencurah air ke daun keladi, lambakan pengawal keselamatan
berasal dari warga asing bukan lagi satu keanehan.
Kalau kita lihat lazimnya di shooping complex paling ramai pengawal
keselamatan berbangsa asing. Ada yang tidak mampu berbahasa Inggeris dan
ada juga yang langsung tidak faham dan fasih berbangsa Melayu.
Persoalannya kalau dorang ni Bahasa Melayu pun tak reti tetapi macam
mana boleh lepas jadi pengawal keselamatan??
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mecerahkan isu
yang menjadi kebimbangan dikalangan masyarakat hari ini, sebenarnya
hanya warga Nepal sahaja yang layak menjadi pengawal keselamatan warga
asing dalam negara ini.
Kalau kauorang terlihat warga asing yang lain selain Nepal yang bekerja
sebagai pengawal keselamatan, korang boleh la membuat aduan kepada
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.
“Selain warga Nepal, warga asing yang bekerja sebagai pengawal
keselamatan adalah pekerja haram dan bekerja untuk syarikat keselamatan
yang tidak berlesen.
“Kalau nampak pengawal keselamatan warga asing selain warga Nepal, mereka bukannya pengawal keselamatan yang sah,” katanya.
Bermula pada tahun ini, KDN telah pun mewajibkan ahli lembaga pengarah
dan pemegang saham syarikat kawalan keselamatan untuk mengikuti kursus
pengurusan syarikat kawalan keselamatan sebagai salah satu syarat untuk
memperbaharui Lesen Agensi Persendirian untuk 2016.
“Kursus itu diadakan bertujuan membolehkan setiap ahli lembaga pengarah
dan pemegang saham syarikat mempunyai “Up-To-Date Knowledge” atau
maklumat terkini dalam pengurusan kawalan keselamatan,” katanya.
Situasi sebegini dilihat agak menyedihkan kerana anak muda sekarang ni
dilihat seperti jijik untuk bekerja sebagai pengwal keselamatan sehingga
menyebabkan pekerjaan tersebut dimonopoli oleh warga asing.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment