Thursday, October 15, 2015
Siapa Yang Rugi Kalau PAS dan Perkasa Tak Bekerjasama?
Menurut Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya kerjasama
diantara Pas dan Perkasa bakal memberi kelebihan kepada parti Islam itu
pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) apabila Pas tidak lagi bersama
gabungan parti pembangkang.
Jelas Abu Bakar, jika Pas menjalinkan kerjasama dengan Perkasa, Pas akan
mendapat kelebihan untuk memenangi PRU14 kerana dengan kerjasama ini
Pas akan meperolehi undi lebih dari orang Melayu yang menyokong Perkasa
selama ini.
Abu Bakar yang menyentuh mengenai kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor,
Datuk Iskandar Samad yang enggan bekerjasama dengan Pas berkata,
kenyataan Iskandar itu akan merugikan parti Islam itu sendiri.
Katanya, Iskandar perlu menyedari bahawa kerjasama ini dilakukan bagi
Pas dapat menerajui kerajaan pada masa akan datang untuk terus membela
nasib orang Melayu di negara ini.
"Iskandar adalah pemimpin sebuah parti di Selangor. Parti ini sepatutnya
menjaga perasaan orang lain terutamanya perasaan pengundi kerana Pas
akan bertanding dalam pilihan raya.
"Kenyataan Iskandar yang menyatakan bahawa Perkasa membawa sentimen
perkauman menunjukkan sebenarnya dia tak pernah mendampingi Perkasa,
tidak mendalami perjuangan Perkasa, tidak pernah tahupun tentang
Perkasa," kata Abu Bakar.
Persoalan mulai timbul apabila Abu Bakar mengatakan Pas akan rugi jika
tidak menjalinkan kerjasama dengan Perkasa?? Benarkah Pas yang akan rugi
jika tidak berkerjasama dengan Perkasa??
Beberapa ramaikah jumlah ahli Perkasa setakat ini yang kononnya akan
membantu parti Islam itu memenangi dalam PRU nanti?? Rasanya, jika Pas
tidak bekerjasama dengan Perkasa ia lebih memberi keuntungan kepada Pas.
Dari Pas bekerjasama dengan Perkasa adalah lebih baik Pas bekerjasama
dengan Umno yang jelas kedua-dua parti tersebut mempunyai sokongan yang
jitu dan mahu mempertahankan hak orang Melayu-Islam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment