Thursday, October 15, 2015
NGO Dakwa Penarikan Balik Kebenaran Melabur 1MDB Berniat Jahat
Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia, Hamdan Mohd Salleh ketika sidang Media di IPD Dang Wangi pagi ini
KUALA LUMPUR : Tindakan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti
Akhtar Aziz menarik balik tiga kebenaran yang diberikan Bank Negara
Malaysia (BNM) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan
berniat jahat (mala fide).
Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd Salleh
berkata pembatalan tersebut dilihat sebagai cubaan menjatuhkan nama baik
dan merendahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.
Menurutnya, BNM telah membatalkan kebenaran itu di bawah Akta Kawalan
Pertukaran Wang 1953,(ECA) sedangkan Peguam Negara membuat keputusan
bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan di bawah ECA.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan
polis ke atas Gabenor Bank Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi
di sini hari.
“BNM telah membuat keputusan pembatalan atas alasan yang salah dan
pembatalan tersebut dibuat kerana maklumat yang diberikan adalah samada
tidak tepat atau tidak lengkap.
“Namun begitu, kesalahan yang tertakluk di bawah ECA adalah berkaitan
dengan pengemukaan keterangan palsu dan bukannya berkaitan tidak tepat
atau tidak lengkap,” katanya.
Tambah Hamdan, tindakan Zeti itu seolah-olah menutup kesalahan BNM
meluluskan permohonan 1MDB untuk pelaburan mereka di luar negara.
Jelasnya, mengapakah keputusan pembatalan ini dibuat setelah empat
hingga enam tahun setelah kebenaran diberikan serta sejurus sebelum
siasatan dirujuk kepada Peguam Negara.
“Tindakan yang dibuat oleh Gabenor Bank Negara ini seperti terdapat
agenda tersembunyi dan saya percaya juga terdapat banyak kes lagi yang
membabitkan kesilapan BNM yang tidak ketahui umum.
“Keputusan ini seolah olah menutup kesalahan dan kelemahan BNM dan
saya menggesa pihak berkuasa untuk membuka kertas siasatan ke atas Zeti
dalam masa tujuh hari,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment