Thursday, October 15, 2015

Laporan Polis Dibuat Terhadap BNM

bank negara malaysia 
Satu laporan polis telah dibuat terhadap pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penyalahgunaan kuasa Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA).

Difahamkan dalam laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pengadu mendakwa pegawai bank pusat itu menyalahgunakan kuasa mereka di bawah ECA apabila membatalkan tiga kebenaran melabur di luar negara oleh lMalaysia Development Berhad (lMDB) bernilai AS$ 1.83 bilion (RM6.69 bilion) yang telah diberikan antara tahun 2009 dan 2011.

“Makluman berkaitan pembatalan itu hanya dibuat selepas Peguam Negara memutuskan bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh lMDB di bawah ECA jelas menunjukkan bahawa ada pihak tertentu di BNM cuba menutup kesilapan keputusan pembatalan mereka yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara,” kata pengadu dalam laporan tersebut.

Dalam laporan polis itu, pengadu berkata, alasan BNM bahawa pembatalan kebenaran itu dilakukan kerana dikatakan maklumat yang diberikan sama ada tidak tepat atau tidak lengkap adalah tidak berasas.

“Ia kerana kesalahan di bawah ECA adalah berkaitan dengan mengemukakan keterangan palsu bukannya keterangan tidak tepat atau tidak lengkap.

“Sekiranya benar maklumat yang diberikan tidak tepat atau tidak lengkap, adalah menjadi tanggungjawab pihak BNM untuk memohon maklumat lanjut berhubung transaksi itu. Namun perkara itu tidak dibuat atas kelemahan, kecuaian dan kesilapan pegawai terlibat ketika memberi kebenaran terhadap lMDB,” katanya.

Katanya lagi, keputusan pembatalan itu seperti cuba mengalihkan perhatian terhadap kegagalan BNM menjalankan tanggungjawab mereka.

“Saya memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan berkaitan aduan ini demi menjaga nama baik Peguam Negara dan kerajaan,” katanya dalam laporan itu.

Pengadu berkata, laporan tersebut dibuat selepas BNM mengeluarkan satu kenyataan berkenaan lMDB bertarikh 9 Oktober lalu yang turut disiarkan dalam portal rasmi bank tersebut termasuk akhbar dan media elektronik dalam dan luar negara berkaitan pembatalan kebenaran tiga pelaburan syarikat strategik itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment