Thursday, October 15, 2015
Tiada Laporan Polis Oleh Mahathir, Muhyiddin Dan Shafie
Semalam kecoh di media sosial bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri
Shafie Apdal akan membuat laporan polis serentak hari ini berhubung isu
syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Namun berita yang tersebar itu adalah palsu dan ia turut dinafikan oleh Muhyiddin dalam Facebooknya.
Bagaimanapun media yang tidak yakin dengan penafian tersebut, tetap
menunggu di tiga lokasi balai polis seperti yang tersebar iaitu di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dengan laporan akan dibuat oleh Dr
Mahathir, IPD Dang Wangi (Muhyiddin) dan IPD Brickfield (Shafie).
Wartawan menunggu seawal 9 pagi memandangkan laporan itu dikatakan akan dibuat pada pukul 10 pagi.
Selepas membuat laporan polis, mesej yang tersebar juga meminta semua
penyokong ke Masjid Tuanku Zainal Abidin Putrajaya untuk menunaikan
solat Jumaat.
Selepas itu, Mahathir, Muhyiddin dan Shafie akan membuat satu lagi
laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di
Putrajaya dan diikuti satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana
Putrajaya pada pukul 4.30 petang.
Namun mesej yang tersebar melalui media sosial itu tidak benar.
Mungkin penyebaran mesej berkenaan adalah untuk memanaskan lagi
keadaan apatah minggu lalu Mahathir bersama-sama dengan Muhyiddin dan
Shafie selain Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Ong Tee Keat telah
mengadakan sidang media untuk membantah penahanan Datuk Seri Khairuddin
Abu Hassan dan Matthias Chang di bawah SOSMA.
Mesej berkenaan mungkin bertujuan untuk mengekalkan perhatian terhadap isu terbabit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment