Thursday, October 15, 2015
Sertai PKR : Bekas Pemimpin Sekolahkan Pendatang Baru
PETALING JAYA : “Fikir
betul-betul”, begitulah bunyi amaran yang diberikan kepada Datuk
Saifuddin Abdullah oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menyertai PKR pada
tahun 2009 tetapi keluar parti itu setahun kemudian.
“Saya tergesa-gesa untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat dan menerima padah. Beliau perlu lebih berhati-hati,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal undang-undang) itu.
Tindakan Saifuddin mengumumkan bahawa
beliau telah menyertai PKR pada Khamis, tidak memberi keyakinan bahawa
beliau akan menjadi aset besar kepada parti dan membantu pembangkang
menjadi lebih kuat, tambah Zaid lagi.
“Malah, (bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tidak mampu berbuat demikian,” katanya disamping menasihatkan Saifuddin untuk bermain selamat dalam parti baharunya.
Zaid merujuk kembali ketika beliau
membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR
walaupun sedar dirinya pendatang baharu.
Beliau kemudiannya menarik balik pencalonannya, dituduh menipu dan salah laku pilihan raya oleh lawannya, Azmin Ali.
Zaid kemudiannya meletak jawatan dalam parti itu pada November 2010, kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.
Sebelum itu, Zaid dipecat daripada Umno
pada tahun 2009 selepas menghadiri majlis pembangkang dan membantah
penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap
pemimpin-pemimpin pembangkang.
Sebelum tindakannya menyertai PKR pada
hari Khamis, Saifuddin berdepan dengan tindakan disiplin Umno kerana
menghadiri perbincangan meja bulat oleh pihak pembangkang pada hari
ulangtahun parti itu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.
Walaubagaimana pun, Zaid percaya Saifuddin tidak akan menjadi seperti dirinya.“Tidak, dia adalah seorang ahli politik yang lebih baik dan cekap. Bagaimana pun, keadaan telah berubah,” katanya.
Pada Khamis, Saifuddin berkata beliau
menyertai PKR kerana merasakan bahawa beliau tidak sesuai dengan Umno
dan Barisan Nasional, dan beliau tertarik dengan model berbilang kaum
PKR.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment