Thursday, October 15, 2015
Raja Petra : Dokumen 1MDB Telah Diusik?
Jadi, ia memang betullah….Menurut peguam Xavier Andre Justo, dokumen
curi yang telah diterbitkan oleh The Edge (dan Sarawak Report) telah
dipalsukan atau diubah.
Oleh itu, perubahan dalam keseluruhan senario itu menunjukkan bahawa
pendedahan ini bukan untuk mendedahkan kebenaran tetapi adalah untuk
menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Keadaan ini digelar `Machiavellian Politics’ di mana matlamat
menghalalkan cara. Jika ada antara anda yang berpendidikan bahasa ibunda
dan tidak mengetahui maksud frasa ini, ia adalah cara Inggeris untuk
menyatakan bahawa jika matlamat dari segi moral adalah penting maka
apa-apa kaedah untuk mencapaikan, boleh diterima.
Sebagai contoh, secara moralnya cukai boleh dikenakan kepada golongan
Cina yang kaya bagi membolehkan bantuan kewangan disalurkan kepada
golongan Melayu yang miskin dan anak negeri, jika objektifnya adalah
untuk mengurangkan jurang ekonomi di antara mereka yang kaya dan tidak
mampu.
Sudah tentu dalam kes memalsukan bukti untuk mengenakan Perdana
Menteri, ia mungkin diterima sesetengah orang, iaitu orang sama yang
tidak setuju bahawa mengenakan cukai ke atas orang Cina untuk membantu
Melayu, boleh diterima.
Kebanyakan rakyat Malaysia akan memilih apabila berlaku sesuatu yang betul dan salah.
Ia betul apabila ia memberi manfaat kepada saya dan salah jika ia
tidak memanfaatkan saya. Jadi apabila ia adalah usaha menjatuhkan
Perdana Menteri, apa yang salah akan menjadi betul.
Apapun, sekarang telah disahkan bahawa Justo hanya mencuri data itu.
Dia tidak mengubah atau memalsukan data itu. The Edge, juga menafikan ia
mengubah atau memalsukan data itu. Mereka mendakwa telah menerbitkan
data itu seperti yang diterima tanpa sebarang pindaan.
Jika apa yang didakwa oleh The Edge itu betul (kita tidak tahu sama
ada mereka bercakap benar atau berbohong) ini bermakna seseorang yang
berada di tengah-tengah telah memalsukan dan mengubahnya. Dan ia hanya
broker atau broker-broker.
Broker ini yang bertindak sebagai penjual dan pembeli kepada data
yang dicuri setakat ini dikenalpasti sebagai Clare Rewcastle Brown dari
Sarawak Report, Tony Pua dari DAP, dan Sufi Yusof yang bekerja untuk Tun
Dr Mahathir Mohamad. Salah seorang daripada mereka ini mungkin
memalsukan atau mengubah data itu jika bukan Justo atau The Edge yang
melakukannya.
Dan ia masuk akal. Data dalam bentuk asal tidak akan menjadi sensasi
kerana ia hanya mendedahkan perjalanan biasa perniagaan. Bagaimanapun,
jika data itu dipalsukan atau diubah untuk menunjukkan sesuatu yang
lebih sensasi, maka nilai data yang akan dipertingkatkan itu boleh
dijual pada harga yang lebih tinggi.
The Edge tidak akan mahu membayar berjuta-juta untuk data `jinak’
namun mereka sanggup jika data itu sangat merosakkan bagi Perdana
Menteri?
Jadi mari kita lihat apa akan berlaku selepas ini. Jika saya seorang
penjudi saya akan bertaruh banyak wang ke atas Tony Pua dan Sufi Yusof
bahawa mereka akan mengikut jejak langkah (atau ia jejak) Khairuddin Abu
Hassan dan Matthias Chang.
Ia semakin menarik, bukankah begitu?
Ditulis oleh :
Raja Petra Kamarudin
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment