Thursday, October 15, 2015
Dr. Mahathir Kini Malu, Kata Blogger Raja Petra
Kenapa Tun Dr Mahathir Mohamad membantah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, atau SOSMA?
Dalam menyoal perkara ini, penulis blog terkenal, Raja Petra
Kamarudin tertanya-tanya jika bekas Perdana Menteri merasakan bahawa
SOSMA terlalu jinak berbanding akta yang telah dimansuhkan iaitu Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau akta yang sama dilaksanakan di
Amerika Syarikat iaitu Akta Patriot.
Atau bantahan itu disebabkan dua `ejen’ beliau iaitu Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang telah diambil tindakan?.
Raja Petra, yang pernah menjadi sekutu kuat kepada bekas ketua
pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun menyatakan Dr.
Mahathir kini mula bimbang sejak dua `ejennya’ hilang kebebasan dan dua
menteri Kabinet, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal, hilang jawatan. Ia bermakna negarawan tua itu kini malu.
Dr. Mahathir memberi jaminan bahawa mereka akan selamat namun
nampaknya tidak,” kata Raja Petra dalam blognya, yang turut disiarkan
oleh The New Straits Times.
Pada Julai lalu, Muhyiddin telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana
Menteri manakala Shafie pula tidak dipilih semula sebagai Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Artikel berkenaan adalah sebagai respons kepada Dr. Mahathir yang mengkritik `penyalahgunaan’ SOSMA, tiga hari lalu.
Menurut Raja Petra, sidang media yang diadakan itu sama seperti
ketika pembangkang membantah penggunaan ISA ke atas penyokong Anwar pada
1998 dan 2001.
Raja Petra sebelum itu menyatakan SOSMA “sangat jinak’ berbanding ISA
dan Akta Patriot malah ia tidak tertakluk kepada penyeksaan untuk
mendapatkan pengakuan sebaliknya dibenarkan untuk perbicaraan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment