Thursday, October 15, 2015

Tun M Tidak Mahu Rakyat Malaysia Mengagumi PM Selain Beliau?

unnamed
Semasa berada di dalam kabinet, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin begitu bersemangat menyokong perlaksanaan dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tiada rekod memperlihatkan beliau menentang atau tidak bersetuju dengan akta yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) tersebut.

Secara tidak langsung, ia membawa makna Muhyiddin juga mengetahui, memahami dan mengakui segala kelebihan dan kebaikan SOSMA berbanding ISA.

Namun netizen melihat pelik seketika apabila nada dan pegangan Muhyiddin sekarang lebih menjurus kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed yang siang malam pagi petang menyerang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dari pelbagai isu.

Adakah ini memperlihatkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamed mengajak Muhyiddin dan beberapa lagi bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menggerakkan persepsi buruk dalam kalangan rakyat terhadap Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak?

Dan persepsi buruk ini terpaksa dicipta oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed dengan bantuan bekas Timbalan Perdana Menteri dan beberapa bekas Menteri Kabinet supaya kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak sekarang ini dilihat jauh lebih teruk daripada kepimpinan Mahathir selama 22 tahun.

Tun Dr. Mahathir Mohamed mungkin ingin rakyat Malaysia hanya mengagungkan dan menjadikan beliau sebagai idola buat selama-lamanya tanpa memberi peluang kepada rakyat untuk mengecapi dan mengakui tentang kehebatan kepimpinan Perdana Menteri selain beliau.

Lebih memburukkan lagi, usaha dan cita-cita Mahathir ini turut dibantu oleh anak didiknya seperti Muhyiddin Mohd Yassin.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment