Sunday, October 18, 2015

Delegasi Sifatkan “Conference Asean Women In Politics” Anjuran Wanita BN Berjaya Dan Terbaik

KUALA LUMPUR : Conference Asean Women In Politics anjuran Wanita Barisan Nasional (BN) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini bukan sahaja dianggap berjaya malah disifatkan deligasi sebagai terbaik dan perlu diteruskan pada masa hadapan.

Rata-rata mereka  melahirkan rasa kagum dan tertarik dengan setiap kupasan dan hasil diperolehi menerusi pembentangan keempat-empat tajuk yang dibincangkan.

Empat tajuk yang telah dibincangkan ialah “Digital Inclusion: Challenges And Opportunities”, “Legally Speaking: Laws And Policies To Promote Representation Of Women In Politics”, “Power Of 51: Women At The Epicentre Of Winning Elections” dan “Millennials & Gen Z: Engaging Future Leaders And Understanding Their DNA” dengan memberi penekanan terhadap isu penglibatan wanita dalam menguasai bidang Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) secara serius.

Wakil dari parti politik Indonesia, Gerindra, Siti Sarifah Sutalaksana berkata conference ini memberi peluang kepada wanita untuk menyuarakan pandangan mereka dengan lebih efektif dalam memperbaiki diri demi kelangsungan di arena politik pada masa hadapan.

Dalam pada itu, beliau juga berpendapat ucapan yang diberikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat berkesan dan ianya memberikan harapan serta semangat untuk wanita melibatkan diri dengan lebih lagi di dalam bidang politik.

Bicara mengenai penglibatan wanita di dalam politik, beliau menegaskan bahawa penglibatan wanita dilihat memberangsangkan namun pengiktirafan terhadap wanita yang berada di arena ini tidak begitu kelihatan.
WIPKL
Oleh kerana itu, beliau mencadangkan supaya pengiktirafan harus diberikan dengan meluas kepada mereka yang bergiat di dalam arena politik.

Bagi Abdullah Aqrabawi delegasi dari Palestin yang juga ahli Palestin Organizational Cultural Organisation pula berpendapat persidangan yang dianjurakan Wanita BN ini merupakan peluang yang terbaik untuk melihat wanita khususnya di negara Asia bekerja keras di arena politik.

“Sesi-sesi bengkel yang diadakan turut membincangkan isu-isu berkaitan dengan lebih mendalam dalam mempromosikan peranan wanita oleh kerana peranan wanita di komuniti kecil seperti Malaysia dan negara Asia lain mempunyai peranan yang dominan”, ujarnya.

Wakil dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura,  Mohd Hairullah Ahmad turut memberikan pandangan beliau bahawa perbezaan wanita dan lelaki di dalam politik harus dihapuskan.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Wanita BN yang mengambil inisiatif menganjurkan buat julung kali program seumpama ini beliau turut menjelaskan pembabitan wanita dalam arena politik memerlukan kebolehan, mentaliti serta kapasiti yang baik dan ianya bukan ditumpukan kepada golongan lelaki sahaja tetapi juga untuk kaum wanita.

“Tahniah ini merupakan inisiatif terbaik dan platform yang amat bermanfaat bagi membuka seluasnya peranan wanita terutama dalam topik-topik yang dibincangkan adalah sangat relevan untuk menempuh cabaran dan keperluan masa kini.

“Tokoh-tokoh yang dipanggil untuk membincangkan topik-topik juga ternyata hebat dan mampu meransangkan minat dan mengetahui keperluan sebenar untuk mempersiapkan diri wanita untuk diberi pengiktirafan tinggi pada masa hadapan terutama dalam bidang politik”, katanya.

Manakala  delegasi dari Vietnam, Man Huyen Sam yang juga ahli Parti Komunis Vietnam berkata Vietnam merupakan salah satu negara yang mempunyai peratusan memberangsangkan iaitu sebanyak 26 peratus keterlibatan wanita di dalam parlimen.

Peratusan ini jelas beliau dijangka meningkat dengan adanya penganjuran conference ini kerana pendedahan yang diberikan sepanjang program ini berlangsung amat berguna dan bermanfaat.

“Diharapkan penglibatan wanita di arena politik dapat ditingkatkan melalui program seperti ini pada masa akan datang. Di samping itu juga, ia juga dapat mengeratkan silaturahim sesama negara-negara Asia dan seterusnya di peringkat global. Tahniah buat Wanita BN sebagai penganjur”, ujarnya.

Conference Asean Women In Politics yang berlangsung hari ini telah membentangkan empat tajuk iaitu “Digital Inclusion: Challenges And Opportunities”, “Legally Speaking: Laws And Policies To Promote Representation Of Women In Politics”, “Power Of 51: Women At The Epicentre Of Winning Elections” dan “Millennials & Gen Z: Engaging Future Leaders And Understanding Their DNA” dengan memberi penekanan terhadap isu penglibatan wanita dalam menguasai bidang Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) secara serius.

Lebih daripada 117 deligasi luar yang melibatkan 17 buah negara akan bersama-sama Wanita BN untuk turut serta dalam conference ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment