Thursday, October 08, 2015
Dr Mahathir Dakwa Perhimpunan 'Baju Merah' Untuk Alih Isu 1MDB... Peliklah Puji BERSIH Pulak
PETALING JAYA : Perhimpunan 'baju merah' sengaja diadakan oleh kerajaan
bagi menghasut sentimen perkauman, demikian dakwa Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Menerusi temu bual dengan majalah hal ehwal semasa Asia Pasifik, The
Diplomat, bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa bahawa perhimpunan
pada 16 September atau Himpunan Maruah Melayu diadakan sebagai satu cara
untuk mengalihkan perhatian daripada 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
"(Perhimpunan 16 September) dianjurkan oleh kerajaan. Mereka cetuskan
persepsi bahawa demonstrasi Bersih adalah perkauman iaitu Cina menentang
Melayu...sebenarnya tidak.
"Tapi mereka perlu mengalihkan perhatian mengenai tuntutan Bersih
mengenai 1MDB. Ini adalah sangat berbahaya, kerajaan mahu mendapatkan
orang ramai untuk menunjukkan sokongan kepada mereka," katanya.
Menurut penganjur perhimpunan 16 September, ia diadakan untuk 'melindungi maruah kaum'.
Berkongsi pandangan mengenai mengapa beliau menghadiri perhimpunan
Bersih 4.0, Dr Mahathir berkata kumpulan 'baju kuning' adalah satu cara
untuk beliau menyuarakan pendapatnya.
"(Menghadiri Bersih 4.0) adalah pilihan terakhir. Saya berasa perlu
untuk menyatakan pendapat saya, dan kerana saya mempunyai pandangan yang
sama seperti Bersih iaitu untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Ia tiada
kaitan dengan isu perkauman.
"Peserta Bersih datang dari semua golongan masyarakat. Ia bukan satu
demonstrasi Cina terhadap kerajaan Melayu. Ia bukan bersifat perkauman
sama sekali," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment