Thursday, October 08, 2015
Padan Mukanya.... Peguam Khairuddin Ditahan Di Bawah Sosma
KUALA LUMPUR : Matthias Chang, peguam kepada bekas Naib Pengerusi Umno
Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Hassan, ditahan sejurus selepas
berkunjung ke Balai Polis Dang Wangi pada Khamis. Difahamkan Chang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.
Peguam Chang, Fahmi Moin, berkata anak guamnya ditahan selepas beliau melawat Khairuddin pada pukul 2 petang Khamis.
"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 124 (K) dan 124 (L) Kanun Keseksaan. Dia kini ditahan selama 24 jam di bawah Sosma.
"Selepas itu, ia bergantung kepada pihak polis sama ada mahu melepaskan atau menahannya lagi sehingga 28 hari, '' kata Fahmi.
Seksyen 124 digunakan atas kesalahan yang dianggap menjejaskan demokrasi berparlimen.
Penangkapan Chang dibuat selepas penahanan Khairuddin, juga di bawah
Sosma selepas beliau membuat beberapa laporan di luar negara, termasuk
Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong, terhadap 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB pada 12
Disember tahun lalu berikutan laporan dalam media tempatan dan
antarabangsa menunjukkan kelemahan dalam pengurusan syarikat itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment